15 May 2012

Merawat masalah tidak boleh bersila dengan akupunktur

Akupunktur mempunyai kelebihan yang banyak jika diamalkan seperti melancarkan pengaliran darah, memberi kelegaan pada otot, merangsang saraf yang lemah dan menstabilkan pengaliran tenaga Qi. Bagi merawat masalah tidak boleh duduk bersila, akupunktur dapat memberi kelegaan dan meredakan kesakitan.

Korean Hand Therapy

Rawatan akupunktur dengan kaedah Korean Hand Therapy dapat memberi kelegaan pada pesakit yang tidak boleh duduk bersila terlalu lama. Gambar di bawah menunjukkan jarum akupunktur dicucuk di jari kelingking bagi mengalirkan darah di kawasan punggung ke bawah. Pesakit akan berasa panas dan sedikit mengantuk kerana akupunktur memang merangsang dan merehatkan saraf di tangan dan otak.

Rawatan akupunktur tangan untuk tidak boleh duduk bersila

12 May 2012

Merawat masalah tidak boleh bersila dengan berbekam

Masalah tidak boleh bersila dengan lama boleh juga dirawat dengan kaedah berbekam. Seperti yang saya nyatakan di dalam blog saya bahawa terdapat pelbagai kaedah bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam luncur dan juga bekam magnet. Yang mana satu kaedah bekam yang sesuai adalah bergantung pada seseorang pesakit. Bagi mereka yang takut pada darah maka eloklah mengamalkan bekam angin, bekam luncur dan bekam magnet.

Titik-titik bekam seperti dibawah bertujuan melancarkan pengaliran darah, mengaktifkan saraf di kawasan pinggang, punggung dan peha serta membuang angin dan toksik. Jika anda mengalami lenguh-lenguh di kawasan betis ke bawah maka titik tambahan di betis dan di atas kaki juga dibekam bagi kesembuhan yang sepenuhnya. Insya Allah.

Titik-titik bekam bagi masalah tidak boleh duduk bersila dengan lama

09 May 2012

Merawat masalah duduk bersila dengan Yumeiho

Seperti entri sebelum ini saya ada mengutarakan beberapa kaedah rawatan bagi merawat masalah tidak boleh duduk bersila terlalu lama. Masalah tersebut kemungkin berpunca daripada postur tulang belakang dan pinggul yang tidak betul. Sekiranya postur kita tidak seimbang seperti di dalam gambar di bawah maka pelbagai masalah kesihatan timbul seperti kaki lenguh-lenguh, kebas-kebas dan tidak boleh duduk bersila dalam tempoh yang lama.

Postur tulang belakang dan pinggul yang bermasalah

07 May 2012

Merawat masalah tidak boleh duduk bersila terlalu lama

Masalah tidak boleh duduk bersila dalam jangka masa yang lama menjadi satu permasalahan yang normal bagi masyarakat zaman sekarang terutama umat Islam. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlarutan. Seringkali kita melihat senario ini di masjid, surau atau di tempat-tempat lain. Malah ada yang sanggup duduk di kerusi daripada duduk bersila. Tetapi tahukah anda masih ada cara bagi merawat masalah duduk bersila ini?

30 April 2012

Kesan rawatan terapi Yumeiho terhadap pesakit Scoliosis

Kesan rawatan terapi Yumeiho bagi pesakit Scoliosis
Ada seorang pesakit mengunjungi saya dan memberitahu beliau mempunyai masalah tulang belakang bengkok atau lebih dikenali sebagai penyakit Scoliosis. Gambar contoh di atas menunjukkan kesan rawatan sebelum dan selepas rawatan yumeiho bagi pesakit Scoliosis.

Scoliosis merupakan sakit tulang belakang bengkok seperti huruf "S" atau "C" dan punca sebenar penyakit tidak diketahui sebenarnya. Kebiasaannya penyakit Scoliosis terjadi pada kaum perempuan dan jarang berlaku pada lelaki tetapi ianya tetap ada. Sekiranya tulang belakang sudah bengkok sehingga 40+ darjah maka pesakit akan disarankan untuk membuat pembedahan.

27 April 2012

Bekam magnet dan kelebihannya

Bekam magnet
Kesemua sedia maklum terapi magnet yang telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu malah telah tercatat di dalam sejarah bagaimana magnet digunakan dalam merawat diri. Di pasaran juga terdapat pelbagai produk yang menggunakan terapi magnet ini. Bekam juga boleh digabungkan dengan terapi magnet dan dikenali sebagai bekam magnet.

Bekam magnet adalah gabungan bekam angin dan terapi magnet. Magnet kecil dimasukkan ke dalam cawan bekam (gambar kiri) dan kemudiannya bekam angin dilakukan seperti biasa. Gambar di bawah menunjukkan bekam magnet dilakukan ke atas tulang belakang pesakit yang kerap sakit belakang.

Ianya bertujuan:
  • melancarkan pengaliran darah
  • menghilangkan sakit belakang
  • merawat masalah sakit pinggang
  • mengaktifkan saraf di tulang belakang dan
  • menyihatkan organ-organ yang bersambung dengannya.

Magnet di masukkan ke dalam cawan dan dibekam ke badan
Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan bekam magnet sila hubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803860 atau 017-6834764.

25 April 2012

Merawat masalah resdung dengan bekam

Penyakit resdung amat sinonim pada zaman sekarang dan ramai yang menghidapinya cuma antara banyak atau sedikit sahaja. Resdung atau sinusitis merupakan masalah sinus yang mengalami jangkitan atau keradangan. Tanda-tanda seperti kerap bersin, gatal-gatal, alergik terhadap cuaca atau makanan, jerawat yang banyak dan nafas berbau merupakan simptom-simptom bagi pesakit resdung.

Bahagian hidung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...