27 December 2011

Mengatasi masalah ketuat dengan rawatan akupunktur


Ketuat di jari

Masalah ketuat merupakan masalah kulit yang dialami oleh rakyat Malaysia. Ianya tidaklah boleh menyebabkan masalah kesihatan yang besar tetapi ianya boleh merebak dengan hanya sentuhan dan menyebabkan rasa tidak selesa serta memalukan. Namun ramai yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam merawatnya.

25 December 2011

Titik istimewa akupunktur Yintang EX HN3


Titik istimewa akupunktur Yintang EX HN3
Titik istimewa akupunktur Yintang EX HN3 merupakan salah satu titik istimewa akupunktur yang berada diluar meridian. Ianya dikategorikan istimewa kerana ianya mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri dan tidak berada di dalam titik meridian.

Kedudukan titik Yintang boleh ditemui di antara kedua-dua alis mata. Khasiat titik Yintang adalah bagus untuk:
  • sakit kepala
  • hidung tersumbat 
  • sakit mata
  • kepala berat
  • hidung berdarah
  • hidung berair
  • kejang pada bayi
  • sakit depan kepala
  • susah tidur (insomnia)
 Anda boleh memicit dengan menggunakan kedua-dua jari tetapi perlu memicitnya dengan tekanan yang agak kuat sedikit untuk keberkesanannya. Sila picit untuk beberapa minit.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

04 December 2011

Kesan selepas rawatan akupunktur untuk sakit kudis


Setelah rawatan akupunktur dilakukan terhadap kaki pesakit kesan penyembuhan boleh dilihat sebulan selepas rawatan dibuat. Pada mulanya kudis terbut berair dan jika rawatan yang lain digunakan kemungkinan pesakit akan berasa pedih. Oleh itu saya gunakan rawatan akupunktur bagi merawat sakit kudis ini. Alhamdulillah seperti gambar di bawah pesakit sudah berkurangan kudisnya dan jika pesakit mengamalkan pemakanan yang sihat seperti minyak zaitun dan mengurangkan amalan minum air sejuk sudah tentu pesakit akan sembuh sepenuhnya dengan izin Allah.

Rawatan akupunktur untuk sakit kudis sebelum dan selepas rawatan.
Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan bagi masalah kudis bolehlah menghubungi:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D,
Seksyen 11, Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764
BBM: 7BB0C88F
*Sila telefon/sms/Whatsapp/BBM dahulu sebelum datang
 

21 October 2011

Merawat kudis dengan rawatan alternatif



Kudis merupakan penyakit yang membuatkan pesakit gatal-gatal, kulit berair atau timbul bintik-bintik merah sebelum ia menjadi kudis. Mungkin terjadi akibat terkena jangkitan kuman atau bakteria di permukaan kulit dan biasanya terjadi pada kanak-kanak dan boleh juga terjadi pada orang dewasa.

11 October 2011

Titik usus kecil SI 3


Titik Meridian Usus Kecil SI3
Kali ini saya akan mula memaparkan titik-titik akupunktur ke dalam blog ini dan sertakan sekali khasiat dan kelebihannya. Moga-moga memberi manfaat pada para pembaca. Titik akupunktur bukan sahaja boleh kita cucuk menggunakan jarum akupunktur tetapi juga dengan menggunakan jari. Ianya dipanggil acupressure atau tekanan aku. 

Kelebihan titik usus kecil 3 (SI3) atau Houxi/Heu Si/HenSi: menghilangkan dan mententeramkan panas dalam demam malaria, sakit tuli, telinga berdenging, sakit pergelangan tangan atau jari-jari, leher kaku (stiff neck), sakit kepala, mata merah, mata buram, ayan, radang tenggorokan, mimisan, sakit gigi, malaria, nyeri pundak (tulang belakang) dan siku.

P/S: Kalau salah tidur dan tengkuk rasa sakit sampai susah nak toleh ke kiri atau ke kanan sila tekan guna jari titik ini dengan keras.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

23 September 2011

Merawat sakit lutut dengan akupunktur


Sakit lutut
Sakit lutut adalah normal pada masa kini apabila makin ramai yang mengalaminya ketika umur semakin meningkat. Banyak sebab yang boleh mengakibatkan sakit lutut antaranya sakit arthritis, kecederaan ketika bersukan, kekurangan lendir atau cecair di sendi lutut, kemalangan di tempat kerja atau di jalanraya.

20 September 2011

Berakhir sudah Kursus Akupunktur 2011


Titik meridian Ginjal, Limpa, Perut dan Pundi Hempedu

Alhamdulillah Kursus Akupunktur yang saya hadiri selama beberapa bulan sudah sampai ke penghujungnya. Kursus yang terakhir ini merangkumi modul titik meridian ginjal, limpa, perut dan pundi hempedu. Setiap titik merdian akan disusuli dengan praktikal di mana para peserta akan mencucuk jarum akupunktur kepada rakan peserta yang lain.

29 August 2011

Selamat menyambut hari raya aidilfitri



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan ingin meminta maaf atas segala salah dan silap saya selama ini. Pandulah kenderaan anda dengan selamat di lebuhraya dan jalanraya. Insya Allah selamat.

04 August 2011

Merawat kaki gajah dengan akupunktur


Baru-baru ini ada seorang rakan ibu saya datang ke rumah untuk mendapatkan rawatan ruqyah. Kaki beliau besar seperti kaki gajah. Ibu saya meminta pertolongan saya untuk merawat rakan ibu saya. Kaki beliau nampaknya sudah bernanah dan kemerahan seperti gambar di bawah.

Kaki gajah yang sudah kemerahan dan bernanah

Apa yang saya lakukan adalah dengan mencucuk jarum akupunktur di sekeliling kawasan yang kemerahan seperti 4 penjuru dan sepanjang rawatan perlu diletakkan minyak but-but di sekeliling kaki yang bengkak itu.  Jarum akupunktur juga dicucuk pada titik KD3 (buah pinggang 3) dan LIV3 (hati 3) untuk mempercepatkan kesembuhan.

01 August 2011

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia



Dengan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa pada semua umat Islam seluruh dunia. Semoga anda dapat memperbanyakkan ibadat di bulan yang mulia ini. Insya Allah pahala berganda-ganda diperolehi.

Insya Allah saya akan menulis lagi artikel-artikel terkini ke dalam blog ini yang semakin usang :)

13 April 2011

Apa itu Akupunktur?



Mungkin ada yang pernah mendengar tentang rawatan akupunktur melalui media dan hiburan seperti filem-filem kung-fu dan sebagainya atau mungkin juga ada yang pernah mendapatkan rawatan akupunktur. Apa pun akupunktur tidak asing lagi dalam menjadi perawatan alternatif bagi masyarakat dunia.

Apa itu Akupunktur?

Akupunktur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai "acupuncture point" atau titik akupunktur.

Jarum akupunktur yang sangat halus


Tujuan akupunktur adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum akupunktur dicucuk maka secara automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut.

Akupunktur telah diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau. Maka ahli-ahli perubatan memberi penghormatan mereka kepada China walaupun akupunktur telah digunakan oleh masyarakat tamadun lain seperti orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno dan India.

Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah di dalam perubatan akupunktur. Segala penemuan dan pemerhatian di dalam perawatan dicatit di dalam buku yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga pada hari ini. Malah Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine" pada tahun 2000 sebelum masihi. Buku yang diterjemahkan masih ada di simpanan seorang penulis di Beijing, China.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...