04 August 2011

Merawat kaki gajah dengan akupunktur


Baru-baru ini ada seorang rakan ibu saya datang ke rumah untuk mendapatkan rawatan ruqyah. Kaki beliau besar seperti kaki gajah. Ibu saya meminta pertolongan saya untuk merawat rakan ibu saya. Kaki beliau nampaknya sudah bernanah dan kemerahan seperti gambar di bawah.

Kaki gajah yang sudah kemerahan dan bernanah

Apa yang saya lakukan adalah dengan mencucuk jarum akupunktur di sekeliling kawasan yang kemerahan seperti 4 penjuru dan sepanjang rawatan perlu diletakkan minyak but-but di sekeliling kaki yang bengkak itu.  Jarum akupunktur juga dicucuk pada titik KD3 (buah pinggang 3) dan LIV3 (hati 3) untuk mempercepatkan kesembuhan.



Jarum akupunktur dicucuk di kawasan jangkitan
Jarum akupunktur dicucuk 4 penjuru
Jarum akupunktur dicucuk 4 penjuru di kawasan jangkitan


Setelah membiarkan jarum tersebut selama 10 hingga 15 minit beliau berasa denyut-denyut di kawasan yang kemerahan dan bernanah. Saya nasihatkan dia bahawa ianya adalah kesan dan perlu tahan sebentar lagi supaya pengaliran darah dapat stabil.

Alhamdulillah setelah 30 minit perawatan akupunktur dapat melegakan kesakitan, denyut-denyut serta mengurangkan kemerahan kaki beliau. Insya Allah mungkin rawatan susulan akan dilakukan.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi masalah kaki gajah bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...