20 September 2011

Berakhir sudah Kursus Akupunktur 2011


Titik meridian Ginjal, Limpa, Perut dan Pundi Hempedu

Alhamdulillah Kursus Akupunktur yang saya hadiri selama beberapa bulan sudah sampai ke penghujungnya. Kursus yang terakhir ini merangkumi modul titik meridian ginjal, limpa, perut dan pundi hempedu. Setiap titik merdian akan disusuli dengan praktikal di mana para peserta akan mencucuk jarum akupunktur kepada rakan peserta yang lain.



Dr. Hj. Abdul Halim Basri

Dr. Hj Abdul Halim Basri memulakan kursusnya dengan menerangkan tentang setiap titik meridian ginjal. Titik meridian ginjal mempunyai 27 pasang titik pada kanan dan kiri badan. Penyakit-penyakit yang berkaitan adalah sakit ginjal, tenggorokan, penyakit-penyakit gineokologi, keturunan, masalah pada sistem urin, gangguan seksual, kecerdasan, gangguan tulang, pencernaan dan paru-paru.

Titik meridian ginjal di kaki
Setelah menelaah teori titik meridian ginjal tersebut maka para peserta mempraktikkannya ke atas peserta yang lain. Gambar di bawah menunjukkan kaki saya dicucuk jarum akupunktur pada titik ginjal K1. Titik ini juga boleh dipicit dengan menggunakan jari seperti rawatan refleksologi. Sekiranya terasa sengal, panas atau kebas-kebas maknanya anda mempunyai masalah di ginjal dan kawasan tapak kaki. Khasiat titik ini adalah membuang suhu panas pada ginjal, menyedarkan orang pengsan, sakit ubun-ubun, kepala pusing, mata kabur, sakit tenggorokan, masalah kencing, susah buang air besar, sakit tapak kaki, panas, stuip pada anak, mimisan, hilang suara dan kejang kaki.


Titik meridian ginjal K1
Kemudian peserta diajar titik-titik meridian yang lain iaitu titik meridian limpa, perut dan pundi hempedu. Kesemua titik-titik tersebut mempunyai khasiat tertentu dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya perawat dapat menggabungkan titik tersebut bagi sesuatu penyakit.

Kursus diakhiri dengan ucapan oleh Ustaz Radzi selaku Pengerusi Team Herbalis Ustaz Radzi dan disudahi dengan ucapan dari Dr. Hj Abdul Halim Basri. Peserta diberikan sijil penyertaan dan beramai-ramai mengambil gambar kenangan.

Ucapan penutup oleh Ustaz Radzi

Saya menerima Sijil Penyertaan daripada Dr. Halim
Barisan peserta yang berjaya menghabiskan siri Kursus Akupunktur



No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...