23 September 2011

Merawat sakit lutut dengan akupunktur


Sakit lutut
Sakit lutut adalah normal pada masa kini apabila makin ramai yang mengalaminya ketika umur semakin meningkat. Banyak sebab yang boleh mengakibatkan sakit lutut antaranya sakit arthritis, kecederaan ketika bersukan, kekurangan lendir atau cecair di sendi lutut, kemalangan di tempat kerja atau di jalanraya.

Kesakitan ini akan berlanjutan sekiranya tidak dirawat dan selalunya mereka yang mengalaminya akan menyapu dengan minyak panas. Tetapi minyak panas yang berada di pasaran sebahagiannya akan mengakibatkan lendir di sendi menjadi lebih cair. Ia akan memberikan kelegaan sementara sahaja dan akan berulang kali kesakitannya apabila tiba waktu dan ketika.

Untuk merawat sakit lutut dengan akupunktur saya menggunakan 8 jarum untuk dicucuk ke atas lutut berkenaan. Alhamdulillah pesakit merasakan ringan dan boleh berjalan seperti biasa tetapi saya menyarankan pesakit berkenaan mengamalkan produk yang berasaskan gamat di pasaran kerana gamat dapat membantu melegakan, menyambung otot yang sudah terkoyak dan menambah kembali lendir atau cecair di sendi lutut yang sudah hilang. Minyak gamat asli juga boleh disapu di kawasan lutut bagi mempercepatkan kesembuhan.

Gamat mampu menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk sakit lutut
Sedia maklum akupunktur amat bagus untuk melancarkan pengaliran darah dan merangsang/mengaktifkan kembali saraf. Oleh itu apabila lutut yang sakit tersebut dicucuk ianya ibarat kita mengalirkan darah yang baru kepada lutut tersebut. Itu sebabnya pesakit tersebut berasa ringan dan sedap setelah rawatan akupunktur selesai.

Rawatan akupunktur untuk sakit lutut

Mungkin ramai yang akan rasa ketakutan apabila melihat betapa banyaknya jarum yang dicucuk tetapi percayalah jarum akupunktur sangat halus dan tidak seperti jarum yang digunakan oleh doktor di klinik atau hospital.

Seperti yang anda dapat saksikan saya membuat tusukan terus kepada sendi lutut (titik neixiyan dan waixiyan) bagi mengalirkan darah dan mengaktifkan saraf di kawasan tersebut. Jarum akupunktur juga dicucuk di bawah dari kawasan lutut dan ianya bertujuan menyembuhkan kesakitan terutama apabila pesakit cuba solat, berjalan atau menaiki tangga kerana di situlah tekanan yang akan dirasakan oleh pesakit.


Akhir sekali saya mencucuk jarum akupunktur ke bahagian pelipat seperti yang ditunjukkan di bawah. Ini juga dapat membantu mereka yang sakit di bahagian pelipat tersebut. Insya Allah sembuh.

Jarum akupunktur dicucuk di bahagian pelipat.
Soalan lazim - Sakit Lutut

1. Boleh sembuh ke dengan rawatan alternatif ni?
- Saya bukan Tuhan. Hanya Allah boleh sembuhkan tetapi kalau pesakit hanya datang sekali macam mana nak sembuh? Fikirlah sendiri.

2. Warga emas yang sudah duduk di kerusi roda masih boleh diurut?
- Warga emas tidak disarankan diurut lututnya kerana badan warga emas lambat untuk sembuh oleh itu rawatan yang selamat adalah rawatan akupunktur.

3. Doktor cakap ligamen lutut saya dah koyak dan tiada ubat hanya pembedahan jawapannya. Masih boleh dirawat ke?
- Jangan buat pembedahan tersebut kerana masih boleh dirawat dengan kaedah urutan dan rawatan akupunktur. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Jika anda masih boleh berjalan dan berlari-lari anak maknanya bukan koyak ligamen lutut.

4. Lutut saya terasa longgar. Apa masalahnya ye?
- Urat yang memegang lutut anda sudah lemah dan perlu diaktifkan dengan menekan titik akupunktur pada urat tersebut. Insya Allah ok.

5. Saya sudah buat macam-macam rawatan untuk sakit lutut tapi tiada keberkesanannya. Jadi macam mana rawatan ini boleh membantu masalah saya?
- Kalau sudah buat macam-macam rawatan tapi tidak berhasil tanda ada masalah lain la namanya. Sila datang ke pusat rawatan saya untuk tahu dengan lebih lanjut. Sekian.

6. Rawatan ambil masa berapa lama?
- Bergantung pada masalah lutut itu sendiri. Tidak semua sama kesnya. Warga emas lain kes dia, orang muda lain kes dia. Cuma akupunktur ambil masa 30 minit dan urutan tidak lebih setengah jam.

7. Berapa kerap rawatan perlu dibuat?
- Bergantung pada masalah tetapi kebiasaannya dalam 2 hingga 3 kali rawatan.

8. Adakah pakej diberikan bagi rawatan ini?
- Saya tidak ada beri pakej atau diskaun. Harga sama bagi setiap kali rawatan.

9. Ada beri apa-apa produk ke?
- Saya tidak promosi apa-apa produk atau beri apa-apa produk. Cuma saya boleh nasihatkan sahaja untuk mengamalkan herba apa bagi masalah sakit lutut.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi masalah sakit lutut bolehlah menghubungi saya:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D, 
Seksyen 11, 
Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764
*Sila telefon/sms/Whatsapp dahulu sebelum datang

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...