26 September 2011

Refleksologi satu rawatan alternatif


Urutan refleksologi di tapak kaki


Refleksologi merupakan salah satu kaedah rawatan yang melibatkan urutan di bahagian-bahagian tertentu di tubuh badan yang bertujuan untuk melegakan, meredakan kesakitan dan menyembuhkan penyakit. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan urutan refleksologi ini tetapi ramai yang tidak tahu bahawa seluruh badan kita boleh dilakukan urutan refleksologi dan bukan hanya di tapak kaki sahaja.

Daerah urutan refleksologi atau daerah refleksologi mempunyai titik-titik saraf yang berhubung kait dengan organ-organ di tubuh manusia. Amat menakjubkan apabila penyakit dapat disembuhkan dengan hanya memicit titik-titik tersebut dan perubatan ini sudah lama dipraktikkan di seluruh dunia. Sejarah menunjukkan kaedah rawatan kuno diamalkan di China, India dan Mesir sejak beribu-ribu tahun yang lalu.

Pada zaman moden ini banyak syarikat berlumba-lumba mengeluarkan produk yang berasaskan urutan refleksologi seperti selipar refleksologi atau alat refleksologi elektronik. Ini adalah disebabkan urutan refleksologi telah terbukti mempunyai khasiatnya yang tersendiri dalam memberi kesembuhan dan kelegaan pada pesakit. Maka tidak hairanlah syarikat-syarikat tersebut cuba menghasilkan produk yang dapat memberi kesan seperti urutan refleksologi yang biasa.

Urutan refleksologi di tapak kaki selalunya menjadi pilihan ramai kerana ianya mudah untuk dilakukan dan pesakit dapat duduk dalam keadaan selesa. Anggota badan yang lain seperti tapak tangan, telinga, peha dan betis dan sebagainya juga boleh dilakukan urutan refleksologi. Titik-titik akupunktur juga boleh dilakukan urutan atau picitan yang lebih dikenali sebagai Acupressure. Sebagai contoh tapak tangan kita mempunyai pelbagai titik-titik refleksologi maka sekiranya anda berada di dalam pejabat, kelas atau sebagainya anda boleh sahaja memicit titik tersebut jika anda sakit kepala, selsema, demam dan simptom-simptom yang lain.

Urutan Refleksologi dalam Islam

Ramai yang tidak menyedari bahawa uutan refleksologi sudah lama diamalkan di dalam ajaran Islam. Bagaimana? Cuba lihat kita solat sebagai contohnya kedudukan sujud yang mana hujung jari kaki tersebut di ditekan. Sedarkah anda bahawa anda sedang mengamalkan refleksologi? Kemudian kedudukan duduk antara dua sujud dan tahyat akhir juga menunjukkan anda sedang membuat urutan terhadap tapak kaki anda. Maha Suci Allah memperlihatkan kekuasaan-Nya di dalam pergerakan solat itu sendiri. Banyak lagi hikmah yang boleh didapati dari pergerakan solat dan ini adalah sebahagian daripadanya.

Kedudukan sujud

Contoh yang lain juga apabila kita mengambil wudhu' sewaktu menyapukan air pada telinga anda juga mengamalkan urutan refleksologi kepada telinga anda. Tahukah anda telinga anda mempunyai puluhan titik-titik refleksologi atau akupunktur? Jadi bila anda menyapu air di telinga itu janganlah setakat sapu sahaja tetapi picit la sedikit kerana ianya akan merangsang saraf-saraf di telinga itu. Bayangkan orang China pernah menegur umat Islam supaya melakukan sedikit picitan semasa mengambil wudhu' kerana mereka sudah membuat kajian terlebih dahulu tentang titik tersebut.

Menyapu di telinga

Titik-titik akupunktur di telinga

Kelebihan Urutan Refleksologi

  1. Membuang toksik - refleksologi tidak boleh mengeluarkan toksik melalui tapak kaki tetapi ianya dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan dan pembuangan.
  2. Melancarkan pengaliran darah - urutan refleksologi dapat memperbaiki pengaliran darah dan pesakit akan mengalami kesegaran selepas itu.
  3. Meningkatkan imuniti badan - daya tahan badan manusia dapat ditingkatkan dalam menangani serangan pelbagai penyakit di zaman moden ini.
  4. Menyeimbangkan kedudukan badan - sekiranya selalu diamalkan refleksologi ini maka kedudukan badan atau postur badan akan seimbang. Lebih baik digabungkan dengan kiropraktik.
  5. Menguatkan otot kaki - setelah pengaliran darah menjadi normal maka otot-otot juga dapat menguatkan fungsinya kembali akibat urutan refleksologi.
  6. Melawaskan pembuangan air kecil dan besar - masalah kencing tidak lawas dan sembelit dapat dikurangkan dan seterusnya sembuh.
  7. Tulang menjadi lebih kuat - pengaliran darah yang normal dan rangsangan saraf akibat urutan refleksologi dapat membantu menguatkan tulang-tulang.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan urutan refleksologi bolehlah menghubungi saya di talian 017-6834764.

14 comments:

  1. Dah buka cawangan baru rpanya skrg ni bro,tahniah!dulu pernah bekan sekali,sampai karang ni lum buat lg.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih hehe. Blog sebelum ni dah tak usik lama betul cuma sekarang ni sibuk buat rawatan dan lahirlah blog ni.

    ReplyDelete
  3. Bagus la kalau dah pernah buat bekam. Amalkan selalu dan jangan tinggal. Akupunktur, kiropraktik dan refleksologi pun bagus kalau diamalkan sekali.

    ReplyDelete
  4. Hai bro dah ada madu nampaknya :D
    Ps : aku memang gemar refleksologi ni, memang selalu sangat aku buat biasanya hari Jumaat di tempat Tuan guru Nik Aziz mengajar

    ReplyDelete
  5. Haha sekarang tumpu pada blog ini nampaknya. Nak buat camne tengah sibuk buat rawatan. Alang-alang buat blog baru terus.

    Teruskan amalkan refleksologi. Insya Allah bertambah sihat :)

    ReplyDelete
  6. tak bahaya ke buat bekam tu ek? pernah teringin nak buat tapi takut.sebab ada darah2 tu.hehehehe

    ReplyDelete
  7. hehe tak bahaya pun. kalau kena dengan caranya insya Allah takde apa-apa. amalkanlah.

    ReplyDelete
  8. syukur byk sungguh ilmu di sini ttg titik2 halus dlm tubuh badan.harap isinya akan bertambah lagi ya..

    teruskan..

    ReplyDelete
  9. Insya Allah suri.. akan ditambah lagi dari semasa ke semasa. Banyak lagi nak tulis sebenarnya dan kongsi dengan semua org hehe

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak buat rawatan refleksologi ni,ada amsa nanti nak singgah,boleh rileks skit nanti

    ReplyDelete
  11. boleh takde masalah hehe... amalkan selagi boleh rawatan refleksologi

    ReplyDelete
  12. Sejenak bertafakur lepas baca artikel ni.Betapa tingginya kasih sayang ALLAH.Begitu sekali ALLAH menjaga kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang begitu kasihnya Allah pada kita dan banyak kebesaran Allah di badan manusia.

      Delete
  13. alhamdulillah..terima kasih pada allah kerana sygkn kita semua...terima kasih juga juga pd tuan blog kerana perkongsian yg sgt berguna ini..

    ReplyDelete

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...