21 October 2011

Merawat kudis dengan rawatan alternatif



Kudis merupakan penyakit yang membuatkan pesakit gatal-gatal, kulit berair atau timbul bintik-bintik merah sebelum ia menjadi kudis. Mungkin terjadi akibat terkena jangkitan kuman atau bakteria di permukaan kulit dan biasanya terjadi pada kanak-kanak dan boleh juga terjadi pada orang dewasa.


Terdapat pelbagai rawatan untuk merawat kudis ini termasuklah menggunakan ubatan kima seperti di klinik dan farmasi, ubatan alami seperti herba-herba dan rawatan alternatif seperti rawatan akupunktur. Ianya bertujuan membetulkan pengaliran darah, memberikan darah segar dan mempercepatkan proses penyembuhan.



Rawatan akupunktur untuk masalah kudis

Kemudian untuk kawasan kudis di bahagian kaki yang agak teruk kerana ianya sudah lama dan mengeras, saya menggunakan rawatan akupunktur untuk menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut dan seterusnya mempercepatkan kesembuhan. Jarum akupunktur tidak ditusuk terus ke atas kudis tersebut tetapi apa yang saya lakukan adalah jarum tersebut dicucuk membuat satu kawasan berpagar 4 penjuru di keliling kawasan kudis seperti di gambar bawah. Pesakit akan merasakan kebas-kebas, lenguh dan ngilu menunjukkan jarum akupunktur sedang menjalankan proses menormalkan pengaliran darah, memberikan darah segar pada kawasan kudis. Insya Allah ia akan sembuh sekiranya pesakit pantang makan.

Merawat kudis dengan rawatan akupunktur

Mempercepatkan kesembuhan

Sekiranya pesakit ingin cepat sembuh dari masalah kudis ini pesakit perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan perlu pantang makan dari makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Air juga perlu minum air yang beralkali tinggi seperti susu kambing, air garam bukit atau air mineral mengandungi pH yang tinggi. Ianya dapat meneutralkan asid dalam badan  malah ada yang pernah mengamalkan meletakkan susu kambing (serbuk dalam sachet) atau serbuk gamat ke atas kudis itu dan syukur alhamdulillah dengan izin Allah ianya sembuh.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan bagi masalah kudis bolehlah menghubungi:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D,
Seksyen 11, Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764
BBM: 7BB0C88F
*Sila telefon/sms/Whatsapp/BBM dahulu sebelum datang

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...