27 December 2011

Mengatasi masalah ketuat dengan rawatan akupunktur


Ketuat di jari

Masalah ketuat merupakan masalah kulit yang dialami oleh rakyat Malaysia. Ianya tidaklah boleh menyebabkan masalah kesihatan yang besar tetapi ianya boleh merebak dengan hanya sentuhan dan menyebabkan rasa tidak selesa serta memalukan. Namun ramai yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam merawatnya.


 Menurut Wikipedia ketuat bermula dari virus human papilloma yang menyebabkan kulit menjadi keras, kasar dan membengkak. Anggota badan yang sering dijangkiti adalah jari, tangan dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah imuniti atau daya tahan badan yang rendah sangat mudah dijangkiti terutama di kawasan kulit.
Ketuat di jari kaki

Mengatasi masalah ketuat dengan rawatan akupunktur

Masih ada juga yang tidak yakin bahawa akupunktur mampu mengurangkan masalah ketuat. Ini adalah disebabkan kurangnya pendedahan akupunktur tentang keberkesanan akupunktur sebagai rawatan alternatif.


Akupunktur dapat menstabilkan pengaliran darah di kawasan yang terkena penyakit ketuat ini serta membantu menyelesaikan masalah tersebut. Cara rawatan adalah dengan mencucuk jarum akupunktur di penjuru kawasan ketuat tersebut ibarat kita memagarnya..

Jarum dicucuk di penjuru kawasan ketuat
Gambar di atas menunjukkan bagaimana rawatan akupunktur dilakukan ke atas masalah ketuat. Seperti biasa ketuat warnanya kelabu dan keras tetapi setelah beberapa minit jarum dicucuk warna ketuat bertukar menjadi merah. Ini menunjukkan akupunktur menstabilkan pengaliran darah pada kawasan ketuat dan sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan Insya Allah.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi masalah ketuat bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...