05 December 2012

Merawat bisul dengan rawatan akupunktur


Bisul di dagu


Masalah bisul boleh dikatakan pernah dialami oleh semua orang dan ianya memang perit dan sakit apabila sudah sampai tahap masaknya. Lagi merungsingkan apabila masalah bisul ini kerap berulang kali terjadi. Apakah itu bisul? Bisul merupakan salah satu proses jangkitan yang diakibatkan oleh nanah yang berkumpul di rongga-rongga tisu. Ini adalah tindakbalas sistem pertahanan badan atau imuniti dalam menghalang virus atau bakteria daripada merebak ke kawasan lain. Tanda tidak balas adalah seperti kemerah-merahan dan bernanah. Nama bagi bisul adalah furuncle yang lebih kurang sama juga simptomnya dengan jerawat.

11 November 2012

Merawat masalah tenosynovitis dengan rawatan akupunktur


Masalah tenosynovitis

Penyakit tenosynovitis adalah masalah peradangan di bahagian lapisan yang mengelilingi tendon. Punca peradangan ini tidak diketahui tetapi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor:
  • Penyakit yang menyebabkan peradangan
  • Jangkitan kuman
  • Kecederaan
  • Terlebih menggunakan tendon (overuse)
  • Ketegangan atau koyak
Bahagian badan yang sering dialami masalah tenosynovitis ini adalah pergelangan tangan, tangan dan juga kaki. Tetapi kebiasaannya penyakit tenosynovitis ini berlaku pada lapisan yang mengelilingi mana-mana tendon.

Tanda-tanda masalah tenosynovitis ini adalah:

  • Kesukaran dan kesakitan untuk menggerakkan sendi
  • Sendi bengkak di kawasan yang bermasalah
  • Kesakitan di bahagian sendi terutama di pergelangan tangan, tangan dan buku lali
  • Kemerah-merahan di bahagian tendon

28 October 2012

Merawat masalah ekzema dengan rawatan akupunktur


Diagram ekzema


Ekzema diambil dari perkataan greek yang bermaksud kulit yang mendidih (boiling) merujuk pada keadaan kulit tersebut. Ekzema merupakan penyakit genetik (yang diwarisi dari ibu bapa) yang menyebabkan peradangan, gatal-gatal dan bengkak pada kulit. Ianya ada kaitan dengan tindakbalas sensitif yang melampau pada kulit sebagai organ terbesar manusia. Masalah ekzema boleh dihidapi pelbagai lapisan umur.Pada peringkat awal ekzema menyebabkan kulit kering, gatal dan terasa pedih tetapi bagi peringkat yang kronik kulit ekzema menjadi merekah, melecet dan berdarah.

05 October 2012

Merawat masalah perut buncit dengan akupunktur tangan



Perut buncit
Masalah perut buncit memang menular di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja mereka yang sudah berumahtangga malah orang muda juga mengalaminya. Pelbagai kaedah dibuat bagi merawat masalah ini termasuk bersenam, menjaga pemakanan dan mengamalkan produk diet atau produk kesihatan yang bertujuan mengempiskan perut buncit. Selain kaedah yang saya sebutkan tadi terdapat satu kaedah alternatif dalam mengempiskan perut buncit iaitu akupunktur tangan.

05 September 2012

Merawat sembelit dengan akupunktur


Sembelit yang kronik


Sekiranya anda sukar membuang air besar sehingga duduk meneran sampai muka anda menjadi merah menandakan anda mengalami masalah sembelit. Masalah sembelit kerap terjadi pada rakyat Malaysia yang seringkali dipandang ringan kerana jika tidak dirawat maka akan mengakibatkan masalah lain seperti buasir dan lain-lain.


18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua pembaca blog Rawatan Alternatif Shah Alam. Maafkan segala salah dan silap saya. Berhati-hati sewaktu pulang ke kampung halaman.

25 July 2012

Merawat masalah sakit abdomen


Sakit abdomen

Sakit abdomen terjadi apabila organ-organ di dalam bahagian abdomen bermasalah dan memberi kesan dengan terasa sakit. Organ-organ tersebut adalah perut, usus kecil, usus besar, hati (liver), pundi hempedu, limpa dan pankreas. Di dalam perubatan tradisional Cina, setiap organ menguatkan atau melemahkan organ yang lain. Oleh itu, sakit abdomen kemungkinan berpunca daripada masalah organ yang menguatkan organ yang dikhuatiri menyebabkan sakit abdomen tersebut.


20 July 2012

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan


Selamat menjalani ibadah puasa

Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa bagi semua pembaca blog Rawatan Alternatif Shah Alam.

10 July 2012

Merawat sindrom piriformis


Masalah sindrom piriformis

Masalah sindrom piriformis terjadi apabila otot piriformis yang terletak di punggung bersentuh dengan saraf sciatica yang menyebabkan sakit di bahagian punggung dan juga di keseluruhan saraf sciatica. Kesakitan amat ketara apabila menaiki tangga, duduk bersila atau di atas kerusi dan mencangkung.


04 July 2012

Merawat masalah gout dengan akupunktur


Kaki yang terkena gout

Gout merupakan suatu penyakit yang melibatkan asid urik berlebihan dan telah berkumpul di sendi-sendi dan tulang kaki. Asid urik tersebut sepatutnya dibuang melalui air kencing. Oleh itu buah pinggang perlu berada di dalam keadaan yang normal untuk membuang asid urik tetapi malangnya ramai mengalami masalah buah pinggang yang kotor. Ianya ibarat penapis penghawa dingin yang sudah tepu dengan kotoran dan tidak pernah dicuci. Jika buah pinggang sudah bermasalah bagaimana asid urik dapat dibuang? Sudah tentu ianya akan turun ke bahagian kaki dan membentuk kristal di sendi dan tulang. Maka terjadilah penyakit yang dinamakan penyakit gout.


29 June 2012

Merawat masalah prostat


Kelenjar prostat
Kelenjar prostat adalah salah satu organ daripada sistem pembiakan lelaki yang bersaiz sebesar kacang. Ia berkedudukan mengelilingi uretra iaitu satu tiub yang menghubungkan antara pundi kencing dan zakar. Prostat mengandungi tisu berserat, tisu berotot dan juga kelenjar.

27 June 2012

Merawat masalah kecederaan ACL


Masalah ACL berpunca dari pergerakan tulang kaki ke arah yang berlawanan
Kecederaan ACL


Kecederaan ACL atau anterior cruciate ligament selalu terjadi kepada mereka yang aktif bersukan. Ianya terjadi apabila tulang-tulang kaki bergerak ke arah yang berlainan dengan bebanan berat badan. Ligamen yang terlibat adalah anterior cruciate ligament yang berada di tengah-tengah lutut akan koyak sama ada sedikit atau koyak keseluruhannya.

22 June 2012

Titik akupunktur yang menguasai tulang


Titik akupunktur mempunyai khasiat dan fungsi tertentu dalam merawat masalah kesihatan. Terdapat beberapa titik yang dipanggil titik dominan atau titik yang menguasai. Titik akupunktur Dazhu BL-11 adalah titik yang berada di dalam meridian Bladder atau pundi kencing. Titik ini terletak di antara tulang tengkuk C7 dan tulang thoracic T1. Untuk mencari titik ini anda perlu tundukkan kepala dan satu tulang akan terbonjol iaitu tulang tengkuk C7. Seterusnya cari benjolan di bawahnya itulah tulang thoracic T1. Titik akupunktur Dazhu BL-11 terletak dua jari dari benjolan tersebut (T1).


Segala masalah tulang dan sendi boleh dirawat dengan menekan titik akupunktur Dazhu BL-11
Titik akupunktur Dazhu BL-11

Sifat: membuang angin yang menjadi penyebab penyakit luar, melancarkan urat dan mengatur sendi
Khasiat: sangat bagus untuk sakit-sakit sendi, ngilu gangguan tulang, terseliuh, batuk, demam, leher kaku dan sakit punggung. 

Memandangkan titik akupunktur Dazhu ini adalah titik yang menguasai tulang, titik ini selalu digunakan dalam rawatan bekam sebagai contoh kerana ianya dapat menguatkan imuniti badan dan mengelak daripada serangan penyakit.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

18 June 2012

Merawat masalah jantung dengan rawatan akupunktur tangan


Anatomi jantung


Masalah jantung merupakan masalah kesihatan utama bagi rakyat Malaysia sehinggakan Kementerian Kesihatan menganjurkan kempen penjagaan kesihatan jantung. Banyak kaedah dalam merawat atau menjaga kesihatan jantung termasuk perubatan moden, herba, tradisional dan juga perubatan Islam. Di dalam perubatan Cina setiap organ di dalam badan mempunyai tujuan dan fungsi tertentu termasuk jantung.

16 June 2012

Merawat masalah sakit pinggang dengan rawatan akupunktur


Masalah sakit pinggang


Masalah sakit pinggang atau lumbago menjadi kekerapan terjadi kepada rakyat Malaysia. Pelbagai faktor menjadi penentu kepada masalah ini termasuk kedudukan postur badan, pemakanan yang tidak sihat dan lain-lain. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat maka masalah akan menjadi lebih teruk lagi seperti masalah angin, keletihan yang kronik, sembelit, cirit birit, hernia, masalah kencing atau sakit ketika kencing, pundi kencing bermasalah, masalah haid, kekejangan, kencing malam, sakit lutut, sakit saraf sciatic, sakit pinggang, kaki kebas, pengaliran darah yang tidak lancar di kaki, sakit tulang keting, buku lali bengkak dan kaki sejuk .


14 June 2012

Merawat masalah Varicose Veins dengan rawatan akupunktur


Antara contoh kaki pesakit Varicose Veins
Contoh kaki Varicose Veins

Varicose Veins adalah masalah pembuluh darah yang bengkak, berpintal, menyakitkan, pengaliran darah yang kurang normal dan timbul di permukaan kulit. Tanda dan simptom bagi masalah Varicose veins seperti :
  • kaki sakit, kaki terasa berat (terutama di waktu malam dan selepas bersenam)
  • muncul tanda Spider Veins (sama seperti Varicose veins tetapi saiz lebih kecil) di kawasan yang terlibat
  • buku lali bengkak terutama di waktu petang
  • pembuluh darah berwarna kebiru-biruan
  • kulit kemerahan, gatal-gatal dan kesakitan
  • kaki kekejangan apabila bergerak dengan cepat seperti berdiri
  • pendarahan yang berlebihan di kaki akibat kecederaan kecil atau mengambil masa yang sangat lama untuk sembuh
  • kulit di atas buku lali menjadi semakin tegang lemak di bawah kulit menjadi keras
  • terjadi sindrom kaki resah
  • kulit di buku lali menjadi keputihan dan berparut

06 June 2012

Merawat masalah Bell's Palsy atau lumpuh wajah sebelah dengan rawatan akupunktur


Tanda-tanda masalah lumpuh wajah
Bell's palsy atau masalah lumpuh wajah sebelah

Bell's palsy merupakan masalah lumpuh wajah sebelah di mana saraf yang mengawal pergerakan dan deria di wajah tidak berfungsi dengan normal. Lebih mudah dikatakan saraf dan otot muka sudah lumpuh dan pesakit tidak dapat mengawal apa yang berlaku di kawasan muka. Simptom-simptom yang menunjukkan bell's palsy atau lumpuh wajah sebelah adalah seperti:
  • dahi tidak berkedut
  • kelopak mata jatuh
  • mata kering atau air mata berlebihan
  • otot pipi jatuh, bergerak dengan sendiri atau lemah
  • hujung mulut jatuh
  • mulut kering 
  • deria rasa di lidah berkurangan.

03 June 2012

Menguatkan buah pinggang dengan rawatan akupunktur


Buah pinggang atau ginjal merupakan organ yang mempunyai tugas-tugas penting di dalam badan manusia antaranya:
  • menyingkirkan air dan hasil buangan, dadah dan toksin
  • menyelaraskan jumlah air dan garam, dan pH darah
  • mengawal tekanan darah
  • merembeskan hormon

Buah pinggang manusia

Masalah buah pinggang semakin menular di dalam masyarakat kita maka pelbagai rawatan dan petua menjadi pilihan dalam merawat masalah buah pinggang termasuk kaedah menguatkan buah pinggang. Tahukah anda bahawa rawatan akupunktur mampu menguatkan buah pinggang? Terdapat beberapa titik akupunktur yang dapat menguatkan fungsi buah pinggang itu kembali. Saya akan senaraikan titik-titik tersebut beserta khasiatnya.

25 May 2012

Merawat masalah telinga berdesing dengan akupunktur



Masalah telinga berdesing atau tinnitus adalah masalah gangguan pendengaran yang dialami pesakit dimana pesakit akan mendengar bunyi desing yang berlarutan sehingga mengganggu kehidupannya. Malah ada yang membuatkan seseorang itu insomnia atau sukar tidur kerana gangguan telinga berdesing.


Tinnitus atau masalah telinga berdesing

15 May 2012

Merawat masalah tidak boleh bersila dengan akupunktur


Akupunktur mempunyai kelebihan yang banyak jika diamalkan seperti melancarkan pengaliran darah, memberi kelegaan pada otot, merangsang saraf yang lemah dan menstabilkan pengaliran tenaga Qi. Bagi merawat masalah tidak boleh duduk bersila, akupunktur dapat memberi kelegaan dan meredakan kesakitan.

Korean Hand Therapy

Rawatan akupunktur dengan kaedah Korean Hand Therapy dapat memberi kelegaan pada pesakit yang tidak boleh duduk bersila terlalu lama. Gambar di bawah menunjukkan jarum akupunktur dicucuk di jari kelingking bagi mengalirkan darah di kawasan punggung ke bawah. Pesakit akan berasa panas dan sedikit mengantuk kerana akupunktur memang merangsang dan merehatkan saraf di tangan dan otak.

Rawatan akupunktur tangan untuk tidak boleh duduk bersila

07 May 2012

Merawat masalah tidak boleh duduk bersila terlalu lama


Masalah tidak boleh duduk bersila dalam jangka masa yang lama menjadi satu permasalahan yang normal bagi masyarakat zaman sekarang terutama umat Islam. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlarutan. Seringkali kita melihat senario ini di masjid, surau atau di tempat-tempat lain. Malah ada yang sanggup duduk di kerusi daripada duduk bersila. Tetapi tahukah anda masih ada cara bagi merawat masalah duduk bersila ini?

Antara faktor utama masalah duduk bersila ini adalah pengaliran darah yang tidak lancar. Bahagian anggota yang utama terlibat ketika duduk bersila adalah pinggang, punggung dan peha. Kesan daripada pengaliran yang tidak lancar ini mengakibatkan kaki kebas, lenguh, terasa semut-semut dan tidak tahan untuk duduk bersila dengan lama. Terdapat juga faktor lain seperti kesan kemalangan jalan raya yang memberi kesan pada postur dan kedudukan tulang, asid urik yang tinggi di dalam badan terutama di kawasan kaki dan masalah urat saraf.

Anggota badan dan otot yang terlibat ketika duduk bersila.

Bagi merawat masalah ini terdapat pelbagai kaedah antaranya:

  1. Kiropraktik atau Yumeiho dengan meregangkan otot-otot yang bermasalah di punggung dan peha serta membetulkan tulang pinggul.
  2. Akupunktur di tangan dan/atau kaki bagi mengalirkan darah di kawasan bermasalah.
  3. Senaman yang mampu membantu pengliran darah dan meningkatkan mutu kesihatan bagi kawasan pinggang, punggung dan peha. 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rawatan bagi masalah duduk bersila ini sila hubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

17 April 2012

Bahagian badan yang diwakili tangan kita - Korean Hand Therapy


Di dalam Korean Hand Therapy, bahagian badan kita diwakili oleh tapak tangan dan belakang tapak tangan. Ianya berhubung kait dengan organ-organ di keseluruhan badan. Seperti artikel terdahulu (klik sini) yang saya siarkan mengenai pengenalan tentang Korean Hand Therapy tapak tangan kita mengandungi titik-titik akupunktur bagi organ-organ di badan.

Bahagian depan badan diwakili oleh tapak tangan kita
Gambarajah di atas menunjukkan bahagian depan badan diwakili oleh tapak tangan kita. Bahagian kanan badan diwakili kawasan berwarna gelap manakala bahagian kiri diwakili kawasan berwarna terang. Sekiranya anda mengalami kesakitan di kawasan tertentu seperti sakit kepala sebelah kiri anda boleh memicit tepi jari tengah yang mewakili kepala sebelah kiri. Picit dan tahan untuk beberapa saat dan ulang beberapa kali.

Bahagian belakang badan diwakili oleh belakang tapak tangan kita
Begitu juga belakang badan kita diwakili oleh belakang tapak tangan kita. Sebelah kanan diwakili kawasan gelap dan sebaliknya. Sekiranya anda mengalami masalah sakit pinggang atau tulang belakang bolehlah anda mengurut belakang tapak tangan mengikut titik-titik seperti di dalam gambar. Insya Allah berkesan.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur tangan bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

15 April 2012

Merawat sakit belakang kepala dan tengkuk dengan Korean Hand Therapy


Merawat sakit belakang kepala dengan memicit jari tengah
Dalam merawat sakit belakang kepala dan tengkuk dengan kaedah Korean Hand Therapy anda bolehlah mengurut jari tengah anda seperti gambarajah di atas. Kepala kita diwakili oleh titik-titik di jari tengah dan sekiranya ditekan dengan betul maka akan dapat mengurangkan masalah sakit kepala dan tengkuk. Insya Allah.

Perlu diingatkan bahawa titik-titik ini sangat sakit apabila ditekan kerana saraf sangat pada di kawasan tangan tetapi dapat memberi kesan yang sangat bagus. Ruas dan sendi jari mewakili tulang tengkuk seperti titik B24 mewakili C2 dan titik B25 mewakili C1. Manakala B19 mewakili titik C7.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur tangan bolehlah menghubungi:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D,
Seksyen 11, Shah Alam

Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam

03-54803320
017-6834764

Kos rawatan:
Rawatan akupunktur RM50
Rawatan pembetulan tulang belakang RM50

*Sila telefon/sms/Whatsapp dahulu sebelum datang


13 April 2012

Merawat penyakit dengan kaedah Korean Hand Therapy


Titik akupunktur di tapak tangan
Bagi merawat sakit dada, sakit hati, sakit perut, sakit pundi kencing dan juga organ seksual bolehlah memicit atau menekan titik-titik di tapak tangan seperti gambar di atas. Sekiranya anda menggunakan hujung jari atau kuku ianya amat berkesan kerana titik-titik tersebut sangat halus kedudukannya. Cubalah picit untuk beberapa minit dan jika terasa sakit bermakna anda mempunyai masalah di kawasan tersebut. Insya Allah berkesan.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur tangan bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

11 April 2012

Merawat masalah gigi dengan Korean Hand Therapy



Merawat masalah gigi dengan Korean Hand Therapy


Masalah gigi merupakan masalah yang biasa berlaku pada sesiapa sahaja. Jadi bagi mengurangkan masalah tersebut bolehlah mengamalkan tips ini. Ianya berkesan dalam merawat sakit gigi atau masalah gigi termasuk gusi. Anda boleh menekan di jari tengah anda pada titik bulat berwarna hitam. Yang bertanda segitiga adalah hidung manakala titik mewakili mulut dan gigi berada di antara titik hidung dan sempadan ruas jari. Cuba tekan titik tersebut (bertanda bulat) untuk beberapa minit. Insya Allah berkesan.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur tangan bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

09 April 2012

Tips merawat masalah hidung dengan Korean Hand Therapy


Merawat masalah hidung dengan Korean Hand Therapy
Bagi merawat masalah hidung seperti selsema, resdung, kerap bersin, hidung berdarah, hidung tersumbat, hidung berair dan sebagainya bolehlah mencuba kaedah Korean Hand Therapy. Sila picit titik di tengah-tengah ruas pertama jari tengah anda. Picit menggunakan hujung kuku lebih berkesan dan terasa untuk beberapa minit. Buat berulang kali bagi kedua-dua belah jari tengah. Cubalah Insya Allah berkesan.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur tangan bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

07 April 2012

Korean Hand Therapy


Carta titik akupunktur Korean Hand Therapy
Korean Hand Therapy (KHT) atau Koryo Sooji Chim merupakan teknik akupunktur mikrosistem yang menumpukan pada tapak tangan bagi merawat penyakit. Tapak tangan kita mewakili organ-organ dan titik meridian akupunktur seperti juga titik meridian di seluruh badan.

Ianya diasaskan, dikaji dan dibangunkan oleh pakar akupunktur Korea, Dr. Tae Woo Yoo, antara tahun 1971 dan 1975. Dr. Yoo Tae-woo, menulis: "One autumn night in 1971, I was awakened from sleep by severe pain in the back of my head. For some reason, I found myself staring at the back of my middle finger. It occurred to me to stick my finger with the tip of a ball point pen, and indeed I found a particularly painful area. I then proceeded to insert a needle in this sensitive spot. The headache was gone."

Sehingga kini ianya telah tersebar ke seluruh dunia dan diterjemahkan ke bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Jerman, Rusia, Sepanyol, Portugis, Perancis dan Greek.

06 March 2012

Titik akupunktur perut ST40 Fenglong


Titik akupunktur perut ST40 Fenglong
Titik akupunktur perut ST40 atau Fenglong.

Khasiat titik ini ialah bagus untuk menghilangkan lendir atau kahak, sakit asma, sakit dada, elok untuk perokok, pusing kepala akibat darah tinggi, pergerakan tulang kaki terganggu, kahak susah keluar, sakit kaki, muntah, benjolan, sakit pinggul.



P/S: Titik ini bagus juga untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

05 March 2012

Lawak akupunktur 1


Lawak akupunktur
Tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan kerana rawatan akupunktur tidaklah menyakitkan. :)

04 March 2012

Merawat ketagihan dadah, arak dan rokok dengan akupunktur



Pelbagai cara yang dilakukan bagi menghilangkan ketagihan dadah, arak dan rokok termasuk rawatan alternatif, rawatan tradisional, rawatan Islam dan lain-lain. Pernah juga saya melihat rakan-rakan sendiri berhenti merokok dengan gaya dan cara tersendiri. Walau apa pun caranya anda mestilah yakin dan tekad semangat untuk mengatasi ketagihan tersebut dan dengan izin Allah ianya akan berhasil.

Saya menggunakan rawatan akupunktur untuk merawat masalah ketagihan ini seperti arak, dadah dan rokok. Di dalam artikel sebelum ini, saya ada menulis tentang rawatan akupunktur tersebut dan anda boleh baca di sini. Ada pengunjung memberikan komen bertanyakan adakah rawatan ini akan berjaya? Saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kerana ia bergantung pada pesakit tersebut. Sekiranya beliau yakin akan sembuh dengan sepenuhnya maka usaha beliau akan diberkati oleh Allah. Jika tidak memang akan terbantut di pertengahan jalan.

27 February 2012

Titik akupunktur DU20 Baihui


Titik DU20 Baihui

Titik meridian Du/Governing Vessel DU20 Baihui




Untuk mencari titik ini sila ikut rajah seperti di atas. Ianya terletak di atas lekukan kecil yang berada di atas kepala. Titik ini adalah pertemuan ratusan titik dan jika ditekan maka ratusan titik akan aktif juga. Untuk masalah di kepala sila tekan titik Baihui ini.

Khasiat titik DU20 Baihui adalah elok untuk buasir, kejang, sawan, pendarahan otak, kepala pusing-pusing, pengsan (elok digabung dengan titik Shuigou DU26), pelupa, hilang ingatan dan tingkatkan kecerdasan.


Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

17 February 2012

Kebaikan mandi songsang



 Mandi songsang merupakan satu kaedah terapi yang sangat bagus jika kita mengamalkannya. Ramai mengamalkan mandi yang lazimnya menjirus air dari kepala hinggalah ke kaki. Tetapi tahukah anda dengan cara begitu dapat memberikan kesan buruk kepada otak anda. Malah kesihatan anda juga akan terjejas.

14 February 2012

Carta refleksologi telinga


Carta refleksologi telinga
Telinga manusia mempunyai titik refleksologi yang banyak. Kesemua titik mempunyai khasiat yang tersendiri. Perbezaan titik refleksologi dan titik akupunktur adalah titik refleksologi menggunakan zon atau kawasan bagi mewakili setiap organ di dalam badan manakala titik akupunktur menggunakan titik meridian bagi organ. Oleh itu akupunktur memerlukan tusukan jarum atau tekanan yang tepat.

11 February 2012

Tips mengawal selera makan cara akupunktur



Tips untuk mengawal selera makan cara akupunktur. Sila picit daging di depan telinga anda dengan dua jari. Picit untuk beberapa saat dan lepaskan. Ulang untuk beberapa kali. Sekiranya terasa kebas, sengal atau sakit itu menunjukkan anda mempunyai masalah di kawasan telinga dan selera makan (kurang atau terlebih). Akupunktur dapat menstabilkan kembali selera makan anda dan tidak perlu risau. Amalkan selalu.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi mengawal selera makan bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

22 January 2012

Titik akupunktur paru-paru LU5


Titik akupunktur paru-paru LU5
Titik meridian akupunktur paru-paru LU5

Sifat: Menghilangkan panas dari paru-paru (clear lung heat), menormalkan tenaga yang tidak teratur, menjernihkan ruang rongga atas.

Khasiat: Bagus untuk penyakit Tuberkulosis (TBC), batuk berdarah, panas-panas badan, gatal-gatal, alergik, kejang otot siku, migrain, sakit mata, tuli, asma, sakit tekak (sore throat).

P/S: pesakit akan rasa panas di kawasan paru-paru dan ngilu teramat sangat apabila dicucuk.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...