29 February 2012

Merawat strok atau lumpuh dengan akupunktur


Strok dan mini strok

Penyakit strok adalah berpunca daripada pengaliran darah ke bahagian otak tertentu berhenti secara tiba-tiba. Lebih juga dikenali sebagai serangan otak. Jika pengaliran darah berhenti lebih daripada beberapa saat maka otak tidak akan dapat darah dan oksigen. Akibatnya sel otak akan mati dan meninggalkan kerosakan yang kekal ke atas otak.1



Rawatan akupunktur mampu merawat masalah strok dengan menstabilkan pengaliran darah, merangsang saraf yang tidak bermaya dan membetulkan tenaga Chi. Ada pesakit yang mengalami tangan lumpuh dan ada juga lumpuh separuh badan akibat serangan strok. Oleh itu jarum akupunktur dicucuk di titik bagi kawasan yang terbabit selain titik-titik yang mampu menstabilkan pengaliran darah pesakit.

Tidak semua titik digunakan untuk merawat pesakit strok kerana masing-masing mempunyai keadaan yang berbeza. Tetapi mengikut apa yang saya pelajari saya pastikan titik asas yang digunakan bagi pesakit strok bertujuan untuk mengalirkan darah kemudian titik tambahan di kawasan yang bermasalah atau lumpuh.

Titik asas akupunktur yang saya gunakan adalah:

  1. Titik DU20
  2. Titik Yintang
  3. Titik LI11
  4. Titik LI4
  5. Titik PC6
  6. Titik HT6
  7. Titik ST36
  8. Titik SP6
  9. Titik KD3
  10. Titik LIV3
Rawatan akupunktur untuk pesakit tangan lumpuh
Rawatan akupunktur untuk pesakit strok yang lumpuh separuh badan
Seperti gambar di atas jarum dicucuk di kawasan yang berkaitan iaitu di kawasan tangan yang tidak bermaya untuk mengaktifkan kembali sarafnya, membantu menggerakkan otot dan mengembalikan tenaga pesakit. Herba yang diletak di atas jarum dikenali sebagai moxa dan proses ini dipanggil moxibustion yang mana herba dibakar bagi mengalirkan suhu panas ke kawasan terbabit melalui jarum yang dicucuk. Jadi pesakit akan berasa panas dan ini adalah tanda baik saraf diaktifkan dengan merangsang rasa panas di kawasan tersebut.

Alhamdulillah ada pesakit yang dapat merasakan kesan selepas rawatan pertama tetapi dinasihatkan mendapatkan rawatan lanjutan supaya mendapat kesembuhan sepenuhnya. Pemakanan juga penting dalam merawat masalah strok seperti mengamalkan susu kambing, gamat dan pemakanan yang bersifat alkali yang dapat meneutralkan asid yang menjadi penyebab penyakit di masa kini.

Rujukan:
1. Stroke - PubMed Health

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi masalah strok bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...