04 March 2012

Merawat ketagihan dadah, arak dan rokok dengan akupunktur



Pelbagai cara yang dilakukan bagi menghilangkan ketagihan dadah, arak dan rokok termasuk rawatan alternatif, rawatan tradisional, rawatan Islam dan lain-lain. Pernah juga saya melihat rakan-rakan sendiri berhenti merokok dengan gaya dan cara tersendiri. Walau apa pun caranya anda mestilah yakin dan tekad semangat untuk mengatasi ketagihan tersebut dan dengan izin Allah ianya akan berhasil.

Saya menggunakan rawatan akupunktur untuk merawat masalah ketagihan ini seperti arak, dadah dan rokok. Di dalam artikel sebelum ini, saya ada menulis tentang rawatan akupunktur tersebut dan anda boleh baca di sini. Ada pengunjung memberikan komen bertanyakan adakah rawatan ini akan berjaya? Saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kerana ia bergantung pada pesakit tersebut. Sekiranya beliau yakin akan sembuh dengan sepenuhnya maka usaha beliau akan diberkati oleh Allah. Jika tidak memang akan terbantut di pertengahan jalan.



Gambar di bawah menunjukkan titik akupunktur telinga yang disediakan oleh National Acupuncture Detoxification Association (NADA) di Amerika Syarikat. Titik ini bertujuan membantu golongan yang ketagihan dadah, rokok, arak dan sebagainya. Ianya tidak melibatkan sebarang titik tambahan yang lain dan dapat membantu secara emosi, fizikal dan psikologi dalam melawan dan merawat ketagihan. 

NADA Treatment Protocol

Bergantung pada keadaan pesakit, jarum dibiarkan di antara 25 minit hingga 60 minit. Protokol rawatan NADA (NADA Treatment Protocol) menggabungkan 5 titik berikut:

1. Lung 2 - ketagihan yang melibatkan paru-paru
2. Shen Men - stress, kebimbangan (anxiety), perasaan sensitif berlebihan
3. Autonomic Point - mengimbangkan sistem saraf symphatetic dan parasymphatetic, memperbetulkan pengaliran darah
4. Liver - hepatitis, chirosis
5. C. Kidney - masalah buah pinggang dan buang air kecil



Rawatan akupunktur untuk penagih dadah menggunakan NADA Treatment Protocol


Sesiapa yang ingin berhenti merokok, hisap dadah, arak dan menghilangkan ketagihan boleh menghubungi saya Syafrizal di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...