Di dalam Korean Hand Therapy, bahagian badan kita diwakili oleh tapak tangan dan belakang tapak tangan. Ianya berhubung kait dengan organ-organ di keseluruhan badan. Seperti artikel terdahulu (
klik sini) yang saya siarkan mengenai pengenalan tentang Korean Hand Therapy tapak tangan kita mengandungi titik-titik akupunktur bagi organ-organ di badan.
 |
| Bahagian depan badan diwakili oleh tapak tangan kita |
Gambarajah di atas menunjukkan bahagian depan badan diwakili oleh tapak tangan kita. Bahagian kanan badan diwakili kawasan berwarna gelap manakala bahagian kiri diwakili kawasan berwarna terang. Sekiranya anda mengalami kesakitan di kawasan tertentu seperti sakit kepala sebelah kiri anda boleh memicit tepi jari tengah yang mewakili kepala sebelah kiri. Picit dan tahan untuk beberapa saat dan ulang beberapa kali.
 |
| Bahagian belakang badan diwakili oleh belakang tapak tangan kita |
Begitu juga belakang badan kita diwakili oleh belakang tapak tangan kita. Sebelah kanan diwakili kawasan gelap dan sebaliknya. Sekiranya anda mengalami masalah sakit pinggang atau tulang belakang bolehlah anda mengurut belakang tapak tangan mengikut titik-titik seperti di dalam gambar. Insya Allah berkesan.
Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur tangan bolehlah menghubungi saya, Syafrizal ,di talian 03-54803320 atau 017-6834764.
wah..menarik terapi ini
ReplyDeleteMemang menarik terapi ni. Kalau sakit masa cucuk tu tanda ada masalah di kawasan badan kita
DeleteSangat menarik
ReplyDeleteThanks
Aku biasanya mengrut dan picit kaki
Ni ilmu baru ni
Sama-sama. Banyak lagi kalau nak ikutkan telinga juga boleh diurut untuk pelbagai tujuan. Insya Allah akan dikongsi.
DeleteSUBHANALLAH...hebat sungguh ciptaan dan ilmu Allah...terima kasih kpd perkongsian...saya ada prob skoliosis...skang sakit dh menjalar ke pinggang ,leher dan kaki...insya Allah akn try urutan ni...eruskn perkongsian..mudah mudahan Allah memberkati usaha anda
ReplyDeleteMaha suci Allah memang kebesaran Allah terletak pada badan manusia itu sendiri. Kalau ingin rawatan kiropraktik/yumeiho bagi masalah skoliosis boleh hubungi saya.
DeleteSy ada mslh sakit tgkuk kronik,sblh kiri dh ilang deria rasa.tngn kiri pun dh kecik sblh.belikat n kepala smakin sakit...smakin kerap.asyik mkn ubt thn sakit...bantu sy utk ilangkan rasa skit ni.sy x brharap sgt blh pulih spt sdia kala,sy dh trima kenyataan dh jd oku,sy cuma x nk brgntung pd ubt lg...
ReplyDelete