07 April 2012

Korean Hand Therapy


Carta titik akupunktur Korean Hand Therapy
Korean Hand Therapy (KHT) atau Koryo Sooji Chim merupakan teknik akupunktur mikrosistem yang menumpukan pada tapak tangan bagi merawat penyakit. Tapak tangan kita mewakili organ-organ dan titik meridian akupunktur seperti juga titik meridian di seluruh badan.

Ianya diasaskan, dikaji dan dibangunkan oleh pakar akupunktur Korea, Dr. Tae Woo Yoo, antara tahun 1971 dan 1975. Dr. Yoo Tae-woo, menulis: "One autumn night in 1971, I was awakened from sleep by severe pain in the back of my head. For some reason, I found myself staring at the back of my middle finger. It occurred to me to stick my finger with the tip of a ball point pen, and indeed I found a particularly painful area. I then proceeded to insert a needle in this sensitive spot. The headache was gone."

Sehingga kini ianya telah tersebar ke seluruh dunia dan diterjemahkan ke bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Jerman, Rusia, Sepanyol, Portugis, Perancis dan Greek.

Kaedah rawatan KHT ini bertujuan mencegah dan mengawal penyakit dan penyembuhan dengan merangsang titik akupunktur di tangan. Rangsangan titik akupunktur di tangan dapat mengaktifkan sistem saraf pusat dan seluruh tubuh badan termasuk otak. Kajian menunjukkan KHT terbukti dapat mengawal pengaliran darah di otak, mengawal hormon, sistem saraf autonomic, imuniti badan dan pengaliran darah keseluruhan badan.

Jarum yang digunakan adalah sangat halus dan amat sesuai untuk kulit yang halus seperti tapak tangan. Panjang jarum tersebut adalah 0.25 inci dan berdiameter 7mm. 

Jarum akupunktur tangan jenama Huan Qiu
Panjang jarum adalah 0.25 inci dan diameter 7mm

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur kaedah Korean Hand Therapy bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...