25 May 2012

Merawat masalah telinga berdesing dengan akupunktur



Masalah telinga berdesing atau tinnitus adalah masalah gangguan pendengaran yang dialami pesakit dimana pesakit akan mendengar bunyi desing yang berlarutan sehingga mengganggu kehidupannya. Malah ada yang membuatkan seseorang itu insomnia atau sukar tidur kerana gangguan telinga berdesing.


Tinnitus atau masalah telinga berdesing

Telinga berdesing bukanlah suatu penyakit tetapi ianya adalah berpunca daripada beberapa faktor:
  • gangguan pada sistem saraf
  • bunyi yang kuat di bahagian dalam terusan telinga (ear canal)
  • jangkitan telinga
  • bendasing di dalam telinga
  • alergik hidung yang menyebabkan hidung tersumbat
  • tahi telinga yang banyak sehingga menutupi terusan telinga
  • tulang tengkuk C2 (yang bersambung dengan saraf pendengaran) sudah berubah kedudukannya.
Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana telinga kita berfungsi. Tahukah anda kita mendengar menggunakan otak dan bukan dengan telinga kita? Apabila gelombang bunyi masuk ke dalam terusan telinga, ianya akan bergetar setelah gelombang tersebut bertembung dengan gegendang telinga. Getaran itu akan membentuk satu gelombang yang akan berjalan di bahagian cochlea dan merangsang saraf di bahagian hujung. Sel-sel penerima ini pula akan menukarkan pergerakan gelombang kepada isyarat elektrik. Isyarat tersebut akan berjalan melalui saraf akustik dan sampai kepada pusat pendengaran di tengah-tengah otak.

Proses bagaimana kita mendengar
Rawatan akupunktur

Rawatan akupunktur mampu merawat masalah pendengaran dengan menumpukan titik-titik yang berfungsi memperbaiki mutu pendengaran dan juga masalah-masalah pendengaran yang lain seperti masalah telinga berdesing.

Rawatan akupunktur bagi masalah telinga berdesing

Titik akupunktur yang digunakan adalah titik Tianyou SJ 16. Khasiat titik ini adalah migrain, sakit kepala, radang tekak, leher kaku, jari kaku, bengkak pada wajah, mata kabur, ketulian secara tiba-tiba dan masalah scrofula.

Gambar di atas adalah rawatan yang dilakukan pada pesakit yang mengalami telinga berdesing selama 12 tahun. Dengan izin Allah pesakit terkejut kerana berasa berkurangan masalah telinga berdesing beliau dan pesakit dinasihatkan supaya menjalani rawatan selanjutnya.

Titik-titik SanJiao atau TriPemanas atau Three Energizer lain yang boleh digunakan bagi merawat masalah telinga berdesing adalah titik SJ17, SJ18, SJ19, SJ20 dan SJ21.

Titik-titik akupunktur SanJiao


Sesiapa berminat untuk mendapatkan rawatan bagi masalah telinga berdesing boleh menghubungi:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D, Seksyen 11, Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764
*Sila telefon/sms/Whatsapp dahulu sebelum datang

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...