Akupunktur mempunyai kelebihan yang banyak jika diamalkan seperti melancarkan pengaliran darah, memberi kelegaan pada otot, merangsang saraf yang lemah dan menstabilkan pengaliran tenaga Qi. Bagi merawat masalah tidak boleh duduk bersila, akupunktur dapat memberi kelegaan dan meredakan kesakitan.
Korean Hand Therapy
Rawatan akupunktur dengan kaedah Korean Hand Therapy dapat memberi kelegaan pada pesakit yang tidak boleh duduk bersila terlalu lama. Gambar di bawah menunjukkan jarum akupunktur dicucuk di jari kelingking bagi mengalirkan darah di kawasan punggung ke bawah. Pesakit akan berasa panas dan sedikit mengantuk kerana akupunktur memang merangsang dan merehatkan saraf di tangan dan otak.
![]() |
Rawatan akupunktur tangan untuk tidak boleh duduk bersila |
Seperti gambar di atas jari kelingking tangan kanan mewakili kaki kanan anda manakala kaki kiri anda diwakili jari telunjuk tangan kanan anda. Anda boleh merujuk pada gambar di bawah bahagian badan yang diwakili oleh tangan kita.
![]() |
Bahagian badan yang diwakili belakang tapak tangan |
![]() |
Bahagian badan yang diwakili atas tapak tangan |
Rawatan akupunktur tepat pada kawasan yang bermasalah boleh juga dibuat dengan mencucuk jarum di titik-titik meridian yang berada di dalam gambar di bawah. Titik meridian yang terdapat di pinggang, punggung dan peha adalah Governing Vessel atau DU dan Bladder. Jika bermasalah bolehlah titik-titik itu digunakan bagi merawat masalah tidak boleh duduk bersila. Jarum yang digunakan kemungkinan besar adalah panjang sama ada 1 setengah inci atau 3 inci bergantung pada saiz punggung pesakit.
![]() |
Titik meridian akupunktur di pinggang, punggung dan peha |
Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur kaedah Korean
Hand Therapy bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di talian
03-54803320 atau 017-6834764.
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dihargai.