Artikel kali ini saya memberikan tips atau kaedah bagaimana merawat sakit lutut dengan urutan. Di keseluruhan kaki terdapat urat saraf yang dikenali sebagai sciatic nerve yang memberi rangsangan kepada keseluruhan kulit di kaki, otot di bahagian belakang peha, betis dan juga rangsangan pada tapak kaki (refleksologi).
![]() |
| Urat saraf dan pembuluh darah di peha, lutut dan betis. |
Gambar di atas menunjukkan urat saraf (sciatic nerve) berwarna kuning menjalar dari bahagian pinggul sehingga ke hujung tapak kaki. Anda boleh lihat ianya melalui kawasan lutut sehingga ke bawah. Oleh itu bagi merawat masalah sakit lutut ini anda boleh mengurut seperti dalam gambar di bawah.
![]() |
| Urutan bagi merawat masalah lutut |
Manakala titik akupunktur di belakang pelipat lutut adalah titik Bladder 40 Weizhong. Sifat titik ini adalah menjernihkan penyebab penyakit panas, melancarkan energi meridian, menghilangkan angin lembap dan bermanfaat untuk mengatasi gangguan pinggang dan lutut. Khasiatnya adalah bagus untuk sakit sendi lutut, sakit pinggang, rambut gugur, kaki kejang, radang, kaki lumpuh dan sakit perut.
![]() |
| Titik akupunktur Weizhong BL40 |
Anda hanya perlu menggunakan ibu jari dan tekan ke atas titik Weizhong ini. Sekiranya terasa sakit menandakan lutut dan pinggang anda bermasalah. Semakin meningkat umur kita semakin bermasalah bahagian lutut dan pinggang. Sila tekan sehingga hilang rasa sakit. Insya Allah berkesan.
Jika berminat untuk mendapatkan rawatan bagi sakit lutut hubungi:
Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D,
Seksyen 11, Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764
Kos rawatan:
Rawatan akupunktur RM50
Rawatan pembetulan tulang belakang RM50
*Sila telefon/sms/Whatsapp dahulu sebelum datang



kalau kat sabah,kat mana saya nak dapatkan rawatan anda?
ReplyDeleteMaaf saya tidak ada buka cawangan atau kenal mana-mana perawat di Sabah.
Deletetuan kat terengganu dimana ya.
ReplyDeleteMaaf saya tiada buka cawangan di mana-mana.
Deletesalam
ReplyDeletesaya sering sakit dibahagian bawah peha kaki kanan sahaja
bagaimanakah cara rawatan?
terima kasih
Waalaikumussalam, boleh dirawat dengan urutan. Sekian.
Deletetambahan pengetahuan yg best.
ReplyDeletesaya pun baru je wat entry pasal : Sakit lutut? sakit sendi! Hilang seawal 5 hari!
Ok :)
Deletekalau ligamen koyak, ada kaedah selain daripada operation ICL. Area di Sentul, KL
ReplyDeleteMaaf, saya tiada buka cawangan di mana-mana. Ligamen koyak masih boleh dirawat dan tidak perlu operation. Boleh dirawat dengan akupunktur dan pemakanan kesihatan. Jangan minum air sejuk atau ais walau dari peti sejuk. Jika amalkan juga sia-sia la dapatkan rawatan dan saya nasihatkan jangan buat rawatan langsung sekiranya amalan tersebut tidak dihentikan. Sekian.
Delete