20 June 2012

Apa itu dermatome?


Dermatome adalah kawasan kulit yang dibekalkan saraf berasal daripada saraf tunjang. Setiap saraf dari tulang belakang memberi kesan kepada kawasan kulit tertentu seperti yang ditunjukkan di dalam diagram di atas. Terdapat 8 saraf tulang cervical, 12 saraf tulang thoracic, 5 saraf tulang lumbar dan 5 saraf tulang sacral. Setiap saraf ini menghantar isyarat ransangan termasuk kesakitan daripada kawasan kulit yang terlibat kepada otak.

Sekiranya urutan regangan dibuat bagi kawasan peha selalunya akan terasa sakit menandakan masalah di bahagian tulang pinggang (lumbar) dan tulang punggung (sacral). Ini adalah kerana saraf di tulang pinggang dan punggung berkaitan di kawasan depan dan belakang peha. Masalah sakit pinggang amat kerap dialami dan masalah tidak boleh duduk bersila terlalu lama menunjukkan tulang punggung bermasalah di mana soket dan kedudukannya tidak betul. Senario begini amat mudah dilihat di masjid atau surau sewaktu kuliah atau solat jumaat. Ramai yang tidak boleh duduk bersila dengan lama dan ada yang kerap mengantuk.


Duduk terlalu lama seperti di pejabat mengakibatkan pinggang, punggung dan peha menjadi tegang dan keras lantas kesakitan akan dirasai pesakit di ketiga-tiga kawasan berkenaan. Jika dilihat pada gambarajah di atas tulang pinggang lumbar L1 hingga L5 dan tulang punggung sacral S1 hingga S5 bersambung sarafnya dengan lutut, depan dan belakang peha, pinggul dan pinggang. Kesakitan di kawasan berkenaan mempunyai kaitan dengan masalah tulang pinggang lumbar dan tulang punggung sacral.


Duduk terlalu lama di pejabat. Gambar ihsan Google.

Rawatan yang sesuai bagi merawat masalah ini adalah rawatan pembetulan tulang belakang yang menggabungkan urutan bagi tulang belakang dan juga otot. Kebas-kebas dan lenguh-lenguh di kawasan tertentu dapat dilegakan dengan rawatan ini. Terdapat beberapa kes yang saya rawat mendapati pesakit mempunyai masalah kelemahan organ seks, peha dan betis yang tegang hanya disebabkan masalah sakit pinggang dan punggung. Sekiranya mendapat rawatan di peringkat awal Insya Allah masalah dapat diatasi dan kesihatan dapat dikekalkan ke tahap yang optimum.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan pembetulan tulang belakang bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764.




2 comments:

  1. slm, ada buat rawatan kiropraktik untuk wanita?

    ReplyDelete
  2. a'kum, sy seorang wanita berumur 27 tahun. dah setengah tahun saya sakit di bahagian atas pinggul kiri mungkin di L1 megikut gambarajah atas. Sakit nya berdenyut hingga ke peha. dan saya tidak dapat duduk dengan lama. Saya sudah mendapatkan rawatan tradisional. tp keadaan masih sama. adakah masalah saya boleh di rawat? adakah encik boleh merawat pesakit wanita?

    ReplyDelete

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...