03 June 2012

Menguatkan buah pinggang dengan rawatan akupunktur


Buah pinggang atau ginjal merupakan organ yang mempunyai tugas-tugas penting di dalam badan manusia antaranya:
  • menyingkirkan air dan hasil buangan, dadah dan toksin
  • menyelaraskan jumlah air dan garam, dan pH darah
  • mengawal tekanan darah
  • merembeskan hormon

Buah pinggang manusia

Masalah buah pinggang semakin menular di dalam masyarakat kita maka pelbagai rawatan dan petua menjadi pilihan dalam merawat masalah buah pinggang termasuk kaedah menguatkan buah pinggang. Tahukah anda bahawa rawatan akupunktur mampu menguatkan buah pinggang? Terdapat beberapa titik akupunktur yang dapat menguatkan fungsi buah pinggang itu kembali. Saya akan senaraikan titik-titik tersebut beserta khasiatnya.


Buah pinggang di dalam perubatan tradisional Cina bertanggungjawab sebagai organ yang menentukan kesihatan seksual bagi lelaki dan wanita, menjadi jus untuk keinginan seks, kesuburan dan pembiakan. Buah pinggang juga berfungsi dalam menguatkan fungsi hati (liver). Oleh itu jika buah pinggang kuat dan sihat maka hati (liver) pun sihat. Bagi sesiapa yang ingin meningkatkan mutu kesihatan seksualnya atau merawat masalah seksualnya maka rawatlah buah pinggang anda. Insya Allah akan terasa keberkesanannya.

Titik-titik akupunktur untuk menguatkan buah pinggang
  1. Titik akupunktur Taixi KID3
    Sifat: menguatkan buah pinggang, mengatasi penyakit kelamin lelaki dan wanita
    Khasiat: sangat bagus untuk masalah impotensi, kencing malam, kitaran haid tidak teratur, cirit-birit, sakit tekak, sakit gigi, asma, tidak boleh tidur, sakit pinggang, sakit ketika kencing dan hiperseks.
  2.  
  3. Titik akupunktur Fuliu KID7
    Sifat: mengatur pori-pori, mengawal fungsi pundi kencing, menguatkan buah pinggang
    Khasiat: bagus untuk peluh tidak keluar, bengkak-bengkak, peluh terlampau banyak, cirit-birit, radang testis, penyakit shock.
  4.  
  5. Titik akupunktur Yingu KID10
    Sifat: menghilangkan kelembapan, melancarkan kencing, menguatkan buah pinggang
    Khasiat: elok untuk masalah hernia, pendarahan (wanita), impotensi, batu karang dalam buah pinggang, sakit sendi lutut bahagian dalam dan sesak nafas kerana paru-paru bengkak.
  6.  
  7. Titik akupunktur Shenshu BL23
    Sifat: menguatkan buah pinggang, menguatkan pinggang, menguatkan pendengaran
    Khasiat: bagus dalam merawat masalah kencing berdarah, kerap kencing, kencing malam, sakit pinggang, keluar mani tanpa sengaja (spermatorrhea), impotensi, hiperseks, keputihan, telinga berdesing, tuli dan mata kabur.

Anda boleh menekan titik-titik akupunktur di atas menggunakan jari selama beberapa minit dan ulang untuk beberapa kali.

Jika berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi menguatkan buah pinggang boleh menghubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...