![]() |
| Bell's palsy atau masalah lumpuh wajah sebelah |
Bell's palsy merupakan masalah lumpuh wajah sebelah di mana saraf yang mengawal pergerakan dan deria di wajah tidak berfungsi dengan normal. Lebih mudah dikatakan saraf dan otot muka sudah lumpuh dan pesakit tidak dapat mengawal apa yang berlaku di kawasan muka. Simptom-simptom yang menunjukkan bell's palsy atau lumpuh wajah sebelah adalah seperti:
- dahi tidak berkedut
- kelopak mata jatuh
- mata kering atau air mata berlebihan
- otot pipi jatuh, bergerak dengan sendiri atau lemah
- hujung mulut jatuh
- mulut kering
- deria rasa di lidah berkurangan.
Saraf muka atau facial nerve merupakan sebahagian daripada sistem saraf yang dikenali sebagai saraf kranial atau cranial nerve. Cranial nerve adalah sistem saraf yang muncul terus daripada otak berbeza dengan spinal nerve atau saraf tunjang yang muncul daripada tulang belakang.
![]() |
| Saraf kranial yang muncul terus dari otak |
Fungsi utama saraf muka adalah merangsang pergerakan otot muka yang memberikan riak muka atau ekspersi muka seperti senyum, sedih, gembira, terkejut dan sebagainya. Selain daripada itu, saraf muka berfungsi mengawal deria rasa lidah daripada dua pertiga bahagian lidah dalam dan rongga mulut. Ini bermakna jika saraf ini lumpuh maka kebarangkalian simptom-simptom bell's palsy adalah tinggi.
Rawatan akupunktur
Akupunktur dapat merangsang dan mengaktifkan kembali saraf muka dalam merawat masalah bell's palsy atau lumpuh wajah sebelah. Jarum akupunktur dicucuk di titik-titik di wajah yang dikenalpasti dapat mengembalikan rangsangan bagi pergerakan otot dan saraf muka.
![]() |
| Rawatan akupunktur untuk masalah lumpuh wajah sebelah |
Titik-titik yang digunakan adalah titik meridian perut, titik istimewa di rahang, Yintang dan Yuyao, titik meridian hati, meridian ren dan meridian Du. Selepas rawatan akupunktur pesakit di atas berasa lega dan dinasihatkan untuk dapatkan rawatan selanjutnya. Insya Allah saraf muka akan kembali pulih.
Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur untuk masalah bell's palsy atau lumpuh wajah sebelah bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764.



Sy nk tau,brpa rawatan akupuntur ni utk
ReplyDeletesekali sesi terapi?sbbnya sy kna bell palsy slma sbln.sdh dptkn rawatn & diberi ubt.urut muka pn sy dh buat.
Dalam RM50. Boleh dirawat dengan akupunktur Insya Allah.
DeleteOoo k. kiranya setiap kali sesi rawatan dlm rm50 lah yer.insyallah.bkn ape area port dickson x tau kt mna ade akupuntur.nnti kalo sy nk buat rawatn sy akn kol trlbh dahulu.sbbnya kna en suami blik kursus di sg buloh
DeleteSaya baru dapat simptom ni 3 hari. Dimana tempat rawatan?
Delete@Anonymous: Insya Allah. Sila hubungi saya dahulu sebelum datang.
Delete@Zaidi@Blogger: Alamat pusat rawatan ada di sebelah kanan blog ini. Sila hubungi saya sebelum datang.
DeleteJika utk hemifacial spasm...blh rawat dengan cara ni jgk ke?
ReplyDeleteMasalah spasm boleh dirawat dengan kaedah akupunktur juga.
Deleteade affect x klau buat utk org yg pregnant?
ReplyDeleteTiada
Deletesaya baru je menghadapi pnyakit ini..adakah saya boleh wat rawatan akupunture di samping makn ubt hospital?
ReplyDeleteBoleh. Tiada masalah
DeleteSalam...x sure penyakit yg saya alami..eye n mouth twitching at one times..kadang dtg..kadang x.tapi kekerapan ada..x comfort especially waktu tidur dan waktu kerja.fyi..saya juga pakai c.lense. harap dapat nasihat...doktor hanya beri vit b.
ReplyDeleteWaalaikumussalam, sila datang ke pusat rawatan saya untuk penjelasan lebih lanjut.
DeleteKlu pykit ni sejak dr kecil,boleh sembuh ke?
ReplyDeleteMasih boleh dirawat Insya Allah. Allah sembuhkan bukan saya.
Delete