18 June 2012

Merawat masalah jantung dengan rawatan akupunktur tangan


Anatomi jantung


Masalah jantung merupakan masalah kesihatan utama bagi rakyat Malaysia sehinggakan Kementerian Kesihatan menganjurkan kempen penjagaan kesihatan jantung. Banyak kaedah dalam merawat atau menjaga kesihatan jantung termasuk perubatan moden, herba, tradisional dan juga perubatan Islam. Di dalam perubatan Cina setiap organ di dalam badan mempunyai tujuan dan fungsi tertentu termasuk jantung.


 Jantung di dalam perubatan tradisional Cina bertanggungjawab di dalam beberapa perkara:

  1. Mengawal darah dan pembuluh darah - pembuluh darah bergantung kepada kesihatan tenaga Chi jantung dan darah untuk mengekalkan degupan jantung yang sihat.
  2. Menunjukkan kesihatan jantung di kulit muka - jika jantung dapat mengepam darah dengan baik ke semua pembuluh darah dan mengalirkan darah ke seluruh sistem pengaliran darah maka kulit muka akan bersinar dan kemerah-merahan.
  3. Berkait rapat dengan kesihatan mental, emosi dan spiritual - kesihatan jantung memberi kesan secara terus pada aktiviti mental termasuk emosi, kesedaran, memori, pemikiran dan tidur. Jika pengaliran darah dan tenaga jantung berada dalam keadaan baik maka mental dan emosi berada dalam kondisi yang baik. Sentiasa berada dalam keadaan positif. Kalau tenaga jantung dan pengaliran darah bermasalah maka simptom-simptom seperti kemurungan, daya ingatan lemah, fikiran berserabut, insomnia, kegelisahan, kegelisahan dan apa-apa yang berkaitan dengan mental dan emosi.
  4. Berkaitan dengan lidah - jantung mempunyai kaitan langsung dengan lidah yang mana hujung lidah mewakili organ jantung secara khusus. Jantung juga mengawal deria rasa, mempengaruhi warna, bentuk dan keadaan fizikal lidah tersebut. Oleh itu ianya sangat mudah untuk mengesan masalah jantung dengan melihat pada lidah. Sekiranya jantung berada di dalam kepanasan maka hujung lidah berwarna kemerah-merahan. Percakapan manusia juga mempunyai kesan terus daripada jantung seperti gagap dan afasia. Jika jantung berada di dalam keadaan berlebihan maka akan ketawa berlebihan, gembira berlebihan dan tidak berhenti bercakap.


    Kaitan lidah dengan organ di dalam badan
  5. Mengawal perpeluhan - jantung mengawal darah dan sistem perpeluhan. Seseorang yang kerap berpeluh menunjukkan jantung yang bermasalah sama ada kekurangan tenaga Chi atau kekurangan unsur Yin. Pengeluaran peluh yang banyak akan sebabkan kehilangan cecair badan dan darah.
  6. Memberi kesan kepada mimpi - jantung melindungi minda dan sudah tentu ianya berkait rapat dengan tidur. Jika darah dan Yin mencukupi bagi seseorang maka kualiti tidur adalah sangat baik. Jika jantung berada dalam keadaan lemah maka minda akan berada di dalam keadaan terapung menyebabkan masalah tidur dan mimpi berlebihan seperti mimpi buruk. Jadi di dalam perubatan Cina kesemua mimpi dalam beberapa cara tertentu berkaitan dengan jantung.
Rawatan akupunktur tangan (Korean Hand Therapy)


Masalah jantung dapat dirawat dengan kaedah rawatan akupunktur tangan (Korean Hand Therapy). Carta dibawah menunjukkan jantung berada di pangkal jari tengah tapak tangan anda. Jarum dicucuk di titik berkenaan yang mewakili jantung dan selaput jantung.


Carta akupunktur tangan Korean Hand Therapy


Pesakit yang mempunyai masalah jantung seperti gambar di bawah menjalani rawatan akupunktur tangan kaedah Korean Hand Therapy (KHT). Semasa 15 minit pertama pesakit berasa ingin pengsan dan sukar untuk bernafas menandakan darah sudah mengalir dan tenaga Chi sedang diperbetulkan bagi jantung. Setelah 15 minit yang terakhir pesakit berasa lega dan badan terasa darah sudah mengalir. Rawatan selanjutnya dapat mempertingkatkan kesihatan jantung Insya Allah. Kesembuhan datang daripada Allah dan kita hanya berusaha.

Rawatan akupunktur tangan bagi masalah jantung
Jika berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur tangan untuk masalah jantung bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...