27 June 2012

Merawat masalah kecederaan ACL


Masalah ACL berpunca dari pergerakan tulang kaki ke arah yang berlawanan
Kecederaan ACL


Kecederaan ACL atau anterior cruciate ligament selalu terjadi kepada mereka yang aktif bersukan. Ianya terjadi apabila tulang-tulang kaki bergerak ke arah yang berlainan dengan bebanan berat badan. Ligamen yang terlibat adalah anterior cruciate ligament yang berada di tengah-tengah lutut akan koyak sama ada sedikit atau koyak keseluruhannya.

ACL yang normal dan ACL yang koyak
Perbezaan ACL normal dan ACL yang koyak

Kebiasaannya pembedahan yang menelan belanja yang mahal dilakukan bagi menggantikan ACL yang telah koyak dengan yang baru. Gambar bawah menunjukkan bagaimana pembedahan dilakukan.

Bagaimana ACL yang koyak digantikan
Pembedahan ke atas masalah kecederaan ACL

Merawat masalah kecederaan ACL

Pesakit yang datang kepada saya pernah mendapatkan pembedahan terhadap masalah kecederaan ACL. Tetapi beliau masih terasa lututnya berbunyi ketika bermain bola menyebabkan kesakitan dan tidak boleh berlari dengan sempurna. Walau bagaimanapun kecederaan beliau berkait juga dengan kecederaan di bahagian kaki yang lain seperti hamstring dan masalah betis. Oleh itu beberapa kaedah rawatan yang boleh saya gunakan dalam merawat masalah kecederaan ACL.

 Rawatan akupunktur bagi masalah kecederaan ACL.

Rawatan akupunktur boleh dilakukan bagi merawat masalah kecederaan ACL. Jarum akupunktur dicucuk di tepi kedua-dua belah lutut bagi menstabilkan pengaliran darah, merangsang saraf dan menormalkan tenaga meridian di bahagian lutut. Kebiasaannya pesakit akan berasa sejuk dan lega selepas rawatan bagi masalah lutut.

Sakit lutut dapat dilegakan dengan rawatan akupunktur
Rawatan akupunktur untuk masalah sakit lutut


Sesiapa ingin mendapatkan rawatan bagi masalah kecederaan ACL bolehlah menghubungi:


Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D,
Seksyen 11, Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-7 malam
017-6834764
*Sila telefon/sms/Whatsapp dahulu sebelum datang





No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...