![]() |
| Masalah sakit pinggang |
Masalah sakit pinggang atau lumbago menjadi kekerapan terjadi kepada rakyat Malaysia. Pelbagai faktor menjadi penentu kepada masalah ini termasuk kedudukan postur badan, pemakanan yang tidak sihat dan lain-lain. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat maka masalah akan menjadi lebih teruk lagi seperti masalah angin, keletihan yang kronik, sembelit, cirit birit, hernia, masalah kencing atau sakit ketika kencing, pundi kencing bermasalah, masalah haid, kekejangan, kencing malam, sakit lutut, sakit saraf sciatic, sakit pinggang, kaki kebas, pengaliran darah yang tidak lancar di kaki, sakit tulang keting, buku lali bengkak dan kaki sejuk .
Terdapat pelbagai kaedah bagi merawat masalah sakit pinggang iaitu:
- pembetulan tulang belakang
- akupunktur
- bekam
Bagi merawat masalah sakit pinggang, masalah sakit pinggang dirawat dengan kaedah Yumeiho iaitu salah satu kaedah pembetulan tulang belakang yang berasal dari Jepun. Sekiranya tulang pinggul bermasalah maka amat mudah untuk mengalami sakit pinggang kerana tulang pinggul perlu stabil dan menjadi penentu kesihatan tulang belakang.
![]() |
| Tulang pinggul bermasalah sebabkan masalah sakit pinggang |
Berikut adalah contoh bagaimana masalah sakit pnggang dirawat dengan menggunakan teknik Yumeiho.
![]() |
| Urutan dibuat bagi masalah sakit pinggang |
![]() |
| Memperbetulkan kedudukan tulang pinggul |
![]() |
| Teknik urutan menggunakan lutut |
Akupunktur
Rawatan akupunktur mampu juga merawat masalah sakit pinggang yang mungkin disebabkan oleh masalah otot yang tegang dan pengaliran tenaga Chi dan darah yang tidak normal. Gambar dibawah menunjukkan pesakit dirawat dengan jarum akupunktur dicucuk di kiri dan kanan tulang belakang yang mana masalah sakit pinggang berlaku. Selepas rawatan pesakit berasa lega dan sejuk menandakan darah sudah mengalir.
![]() |
| Rawatan akupunktur bagi masalah sakit pinggang |
Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan pembetulan tulang belakang dan akupunktur bagi masalah sakit pinggang bolehlah menghubungi:
Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D,
Seksyen 11, Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764
Kos rawatan:
Rawatan akupunktur RM50
Rawatan pembetulan tulang belakang RM50
*Sila telefon/sms/Whatsapp dahulu sebelum datang






ada kelas di ipoh mau gak sy ikut heeee..
ReplyDeletebekam dan kaedah tradisional mmg marik utk d cuba apa lagi alami sndri :)
hehe insya Allah ada la tu nanti dekat sana
Deletesaya memang tak buat kursus
tapi digalakkan untuk gunakan kaedah rawatan seperti ini
untuk rawat masalah pinggang
hye...
ReplyDeletesaya razak,
saya telah mengalami sakit tulang belakang dan juga sakit bahagian pinggang,saya sudah cuba bermacam-macam cara untuk mengubatinya tetapi tidak berjaya.
saya pernah pergi ke hospital untuk membuat rawatan dan doctor mengatakan bahawa saya hanya mengalami sakit 'urat terseliu', doctor telah memberikan saya satu suntikan di bahagian punggung dan ubat yang berlainan yang perlu saya minum.
selepas saya pulang dari hospital, saya ingatkan penyakit saya sudah berkurangan,tetapi bahkan bertambah.
saya berharaf agar tuan/puan dapat membantu saya untuk mengatasi masalah saya ini...terima kasih
Boleh datang ke pusat rawatan saya untuk rawatan yang berkaitan. Sekian.
DeleteSy menderita skt pinggang setelah sekian lama.. Setelah melahirkan ank pertama, pinggang sy semakin sakit dan kaki mulai kebas.. Berapakah kos utk setiap rawatan?
ReplyDeleteKos rawatan adalah RM50 sahaja. Masih boleh dirawat Insya Allah.
Deleteadakah terdapat perawat wanita
ReplyDeleteisteri saya sakit belakang... selain itu dia berasa sengal-sengal di bahagian peha dan sampai ke kaki seperti cram.. sampai kan tak boleh berjalan boleh ke dirawat
ReplyDeleteMasih boleh dirawat Insya Allah
Deletesaya yusry dari damansara saya nak tahu kos perubatan dia mcm mana, isteri saya kerap sakit belakang&pinggang sekarang dia di masukkan ke hospital kerana ada ketumbuhan di dalam usus adakah sakit belakang di sebabkan punca bengkak usus.
ReplyDeleteTerbaik!!
ReplyDelete