14 June 2012

Merawat masalah Varicose Veins dengan rawatan akupunktur


Antara contoh kaki pesakit Varicose Veins
Contoh kaki Varicose Veins

Varicose Veins adalah masalah pembuluh darah yang bengkak, berpintal, menyakitkan, pengaliran darah yang kurang normal dan timbul di permukaan kulit. Tanda dan simptom bagi masalah Varicose veins seperti :
  • kaki sakit, kaki terasa berat (terutama di waktu malam dan selepas bersenam)
  • muncul tanda Spider Veins (sama seperti Varicose veins tetapi saiz lebih kecil) di kawasan yang terlibat
  • buku lali bengkak terutama di waktu petang
  • pembuluh darah berwarna kebiru-biruan
  • kulit kemerahan, gatal-gatal dan kesakitan
  • kaki kekejangan apabila bergerak dengan cepat seperti berdiri
  • pendarahan yang berlebihan di kaki akibat kecederaan kecil atau mengambil masa yang sangat lama untuk sembuh
  • kulit di atas buku lali menjadi semakin tegang lemak di bawah kulit menjadi keras
  • terjadi sindrom kaki resah
  • kulit di buku lali menjadi keputihan dan berparut
Varicose veins adalah pembuluh darah yang bengkak, berpintal dan timbul.
Bagaimana Varicose Veins terbentuk

Gambar di atas menunjukkan perbezaan pembuluh darah yang normal dengan Varicose Veins. Gambar A menunjukkan injap pembuluh darah berfungsi dengan baik dan pengaliran darah yang normal manakala gambar B pula menunjukkan Varicose veins terjadi apabila injap tidak berfungsi, dinding pembuluh darah menjadi nipis dan pengaliran darah tidak lancar dengan baik.

Rawatan akupunktur

Antara kelebihan akupunktur adalah dapat melancarkan pengaliran darah, mengaktifkan saraf, menstabilkan tenaga meridian dan memberi kelegaan kepada pesakit (pengganti ubat tahan sakit). Oleh itu ianya amat sesuai untuk merawat masalah Varicose veins yang muncul di bahagian kaki seperti gambar di bawah. Pesakit tersebut kesakitan jika bahagian terbabit diurut menunjukkan pembuluh darah sudah bengkak dengan teruk dan rawatan akupunktur digunakan. Selepas rawatan pesakit berasa lega dan tidak lagi berasa sakit di tapak kaki apabila berjalan, naik tangga atau bangun dari tidur. Rawatan selanjutnya disarankan kepada pesakit.


Masalah Varicose veins dirawat dengan kaedah akupunktur
Rawatan akupunktur bagi masalah Varicose Veins

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi masalah Varicose veins bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...