10 June 2012

Pembetulan tulang belakang bagi masalah sakit belakang


Masalah tulang belakang penyebab sakit belakang
Masalah sakit belakang

Pembetulan tulang belakang merupakan kaedah urutan yang merawat masalah yang berkaitan dengan tulang belakang antaranya sakit belakang. Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk membetulkan postur atau kedudukan tulang belakang. Setiap satu kaedah mempunyai tujuan tertentu bagi setiap bahagian tulang belakang iaitu cervical, thoracic, lumbar dan sacrum.

Bahagian tulang belakang
Bahagian tulang belakang

Masalah sakit belakang berpunca daripada bahagian tulang belakang tertentu yang tidak berada di dalam kedudukannya sendiri. Jika ini terjadi maka anda akan mengalami pelbagai masalah seperti sakit pinggang, lenguh badan, sengal-sengal badan, sakit kepala, sakit tengkuk dan sebagainya. Malah penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dan lain-lainnya mungkin juga berpunca daripada masalah tulang belakang selain daripada pemakanan.

Masalah sakit belakang disebabkan tulang belakang bermasalah
Masalah sakit belakang
Gambar di atas menunjukkan masalah sakit belakang yang berpunca daripada tulang belakang yang tidak betul kedudukannya. Apabila pinggul sudah tidak seimbang maka tulang belakang anda akan bengkok dan jika dibiarkan berlarutan maka anda akan mengalami masalah kesihatan yang kronik. Pelbagai senario yang boleh membuatkan tulang belakang itu bermasalah seperti kemalangan jalanraya, jatuh ketika bersukan atau bekerja dan duduk di kerusi pejabat terlalu lama. Ada beberapa pesakit yang menceritakan mereka pernah terjatuh atau kemalangan sewaktu mereka muda dahulu dan baru sekarang kesannya dapat terasa. Ia memang lambat tetapi masalah kesihatan akan muncul sedikit demi sedikit apabila umur semakin meningkat.

Rawatan pembetulan tulang belakang mampu merawat masalah sakit belakang dengan kaedah-kaedah seperti Yumeiho dan Kiropraktik. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dan persamaan tetapi tujuannya adalah sama iaitu memperbetulkan kedudukan tulang belakang yang bermasalah.

Tulang tengkuk dirawat dengan terapi Yumeiho
Rawatan bagi masalah tulang tengkuk
Rawatan bagi tulang thoracic


Sakit pinggang dirawat dengan teknik Yumeiho yang menggunakan lutut
Rawatan bagi masalah sakit pinggang

Rawatan Yumeiho bagi masalah tulang pinggul
Pembetulan tulang pinggul

Sendi pinggul diperbetulkan dengan teknik Yumeiho
Rawatan bagi pembetulan sendi pinggul

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rawatan pembetulan tulang belakang bolehlah menghubungi:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D,
Seksyen 11, Shah Alam

Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam

03-54803320
017-6834764

Kos rawatan:
Rawatan akupunktur RM50
Rawatan pembetulan tulang belakang RM50

*Sila telefon/sms/Whatsapp dahulu sebelum datang

66 comments:

  1. jika orang tua umo 50an..bleh ke betulkn tulang belakang dia? Brapa kos skali rawatan? Sy tya bg pihak ibu saya. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi warga emas disarankan rawatan akupunktur.

      Delete
    2. Saya ad slip disc..pada l4..blh ke dirawat,saya xnak pnyakit ni mmbri kesan pd sy di hari kemudian..

      Delete
    3. @Anonymous Insya Allah boleh dirawat

      Delete
  2. saya mempunyai masalah saki tengkuk..bolehkah rawatan ini menyelesaikan maslah..adakah rawatan ini merbahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, rawatan ini tidak merbahaya. Sangat elok untuk masalah sakit tengkuk.

      Delete
  3. Klu msh dlm pantang bersalin blh buat rawatan ni tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masih dalam pantang sila dapatkan rawatan lain terlebih dahulu.

      Delete
  4. Salam, sy mengalami sakit belakang, bahu dan pinggang sblh kiri, mmg tulang belakang sy sedikit bengkok. sy ingin mendptkn keterangan yg lebih lanjut mengenai masalah ini dan sy mahu tahu berapakah kos rawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Tidak menggunakan minyak atau meja. Hanya di atas lantai. Kos rawatan RM50

      Delete
    2. nenek saya sakit belakang juga. lepas tu beralih-alih ke bahu, peha & pinggang. sampaikan sakit tak boleh berjalan. nenek saya makan pil urat hjh rokiah, terus elok dalam 2-3 hari. dulu terlantar atas katil susah & sakit nak bergerak. makan pil urat ni terus elok. org dulu2 pandai cari herba terbaik utk sakit2 ni. boleh lawat laman web pasal pil urat ni kat http://webkedaikita.blogspot.com/

      Delete
  5. Salam, saya mengalami slip disc pada ruas L4 & L5 dan tulang rawan saya koyak semula setelah buat suntikan IDET pada 2010. Sekarang saya sedang hamil 2 bulan dan tidak dapat buat suntikan IDET semula. Bolehkah saya membuat rawatan? Kesan sakit membuat saya selalu tidak bersemangat dan kadang2 murung. Berapa kos rawatan? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Masih boleh dirawat lagi Insya Allah. Kos rawatan adalah RM50.

      Delete
  6. Salam, isteri sy mempunyai sakit blkg. Die sudah berjumpa dan pakar. Setelah membuat mri, doktor tersebut hanya menyatakan yg dia sakit disebabkan ada urat yg terkena pada tulang. Dan dia tak perlu melakukan rawatan susulan. Setelah 1 bulan dia masih rasa sakit belakang. Kenapa ini boleh terjadi dan adakah pihak tuhan boleh cuba merawat sakitnya ini. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Masalah berpunca daripada kedudukan tulang belakang yang lari dari kedudukan. Sila hubungi saya jika berminat untuk mendapatkan rawatan.

      Delete
    2. nenek saya ada masalah sakit belakang juga. orang kata ada masalah dengan urat. sampaikan sakit tak boleh berjalan. nenek saya makan pil urat hjh rokiah, terus elok dalam 2-3 hari. dulu terlantar atas katil susah & sakit nak bergerak. makan pil urat ni terus elok. org dulu2 pandai cari herba terbaik utk sakit2 ni. boleh lawat laman web pasal pil urat ni kat http://webkedaikita.blogspot.com/

      Delete
  7. Kalau sakit tulang belakang bengkok boleh sembuh x guna urutan nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Maha Menyembuhkan. Kita usaha sahaja.

      Delete
  8. salam..saya mengalami masallah tulang belakang di kawasan c5 dan c6,doktor mengesahkan saya mengalami masallah penuaan tulang yang agak cepat..bolehkah saya mencuba rawatan tuan dan kosnya berapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh tidak ada masalah. Kos rawatan adalah RM50.

      Delete
  9. salam... saya amat kerap mengalami lenguh2 separuh badan (kiri). bolehkan saya mencuba rawatan tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh saja. Sila telefon dahulu sebelum datang.

      Delete
  10. salam.sy hamil 3bln dan mengalami sakit bahagian tulang belakang 3minggu sebelum hamil(sharp pain).skrg,bahagian pinggang,pinggul,seluruh kaki sakit(terasa seolah2 mcm terseliuh)sebelah kanan.sy ada menjalani rawatan fisio di hospital tp x menberi apa2 kesan positive.bolehkah sy mencuba rawatan tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Masih boleh dirawat Insya Allah tetapi menggunakan kaedah tertentu.

      Delete
  11. Askm,

    Saya mengalami masalah sakit pinggang, urat pinggul hingga ke betis.Sakit pedih hanya Allah yg tahu...masih makan ubat tahan sakit & vitamin utk urat & ubat bengkak tapi masih sakit hingga sekarang.Saya sudah berusaha berubat secara moden & altrernatif tapi masih juga tiada perubahan..minta pertolongan tuan ..terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, bolehlah datang ke pusat rawatan saya untuk mendapatkan rawatan bagi masalah sakit pinggang.

      Delete
    2. nenek saya ada masalah sakit pinggang juga. pedih tgok dia menanggung perit kesakitan tu. sampaikan sakit tak boleh berjalan. nenek saya makan pil urat hjh rokiah, terus elok dalam 2-3 hari. dulu terlantar atas katil susah & sakit nak bergerak. makan pil urat ni terus elok. org dulu2 pandai cari herba terbaik utk sakit2 ni. boleh lawat laman web pasal pil urat ni kat http://webkedaikita.blogspot.com/

      Delete
  12. pernah ade yang berjaya sembuh ke?

    ReplyDelete
  13. biasa rawatan ini mengambil masa berapa lama(minit)? berapa sesi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada masalah. Tidak semua pesakit sama masalahnya.

      Delete
  14. saya mengalami masalah tulang bengkok..masih boleh dirawatikah??? berapa kos rawatan?

    ReplyDelete
  15. saya mengalami masalah tulang bengkok..masih boleh dirawatikah??? berapa kos rawatan?

    ReplyDelete
  16. Kalau masalah postur leher dan tulang pinggul yg dh corrupt boleh fix? saya msih dalam umur 16 tahun

    ReplyDelete
  17. sya sakit blkng area lowerback n tulang pingull..bukan slipdisc..doktor kata muscle tegang..tp hmpir sbln xdak kesan lgsng..cth bila tnduk mnyapu smpah area lowerback n tulang pingull sya rasa lenguh n skit..any suggestin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan saya adalah rawatan pembetulan tulang belakang. Tetapi jika sudah berumur saya cadangkan rawatan akupunktur.

      Delete
  18. Salam.tulang belakang sy sedikt bengkok.sy sering mengalami kebas2 di kaki dan lenguh bdn..rawatan ni dpt membantu x? Bgaimana kosnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Insya Allah masih boleh dirawat. Kos RM50.

      Delete
  19. Salam.. Anak perempuan saya berumur 13 tahun mempunyai masalah tulang belakang bengkok. Boleh ke buat rawatan untuk remaja berumur 13 tahun dan boleh ke sembuh kembali normal. Brp kosnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam masih boleh dirawat tapi makan masa. Kos RM50

      Delete
  20. salam tuan..sya sakit di bhg L3/L4..selalu kejang...sakit menjalar kekaki kanan ,,tepi lutut,jari kaki kebas,,brp kali kah rawatan yg diperlukan...doktor nak bedah tapi saya takut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam rawatan bergantung pada masalah dan tak perlu dibedah

      Delete
  21. Assalamualaikum,
    saya berumur 56+ tahun,kerja saya banyak duduk di depan komputer,pinggang sy rasa ada masa dia sengal sengal tp tak ada lah sakit sangat,belakang saya akan sakit sikit jika berdiri terlalu lama.Sekarang ni kaki saya kebas kebas,kalau baring rasa sangat selesa.Disamping itu kencing saya tak berapa lawas/laju dan kurang rasa bila dia kencing.saya belum lg berjumpa doktor,apa komen tuan,terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, boleh dirawat dengan rawatan pembetulan tulang belakang. Sila datang ke pusat rawatan saya untuk penjelasan lebih lanjut.

      Delete
  22. Assalamualaikum...
    SY berumur 31 tahun. Sy menghadapi masalah tulang belakang yg tidak lurus @ bengkok. Ini menyebabkan belikat sebelah kanan sy lebih terbonjol & tidak seimbang antara kiri & kanan. Arwah ibu sy pernah memaklumkan kepada sy ia berkemungkinan akibat saya pernah jatuh buaian semasa kecil. Adakah ini boleh dirawat menggunakan kaedah rawatan yang dilakukan oleh pihak tuan/puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam masih boleh dirawat tetapi memakan masa.

      Delete
  23. Saya umur 16 thn. Saya sering rasa lenguh2 badan.apakah Maksudnya

    ReplyDelete
  24. Saya mengalami mslh tulang blkg yg bengkok dibhgian pinggang sejak lahir. Skrg bhgian ats dekat bahu juga membengkok disebabkan tabiat berdiri dan tidur yg berat di sebelah kanan. Kesannya kini saya sering sakit dab lenguh serta kebas di bhg bahu menjalar ke lengan dan jari kelingking. Bhgian pinggang, punggung dan menjalar hingga ke kaki juga akan sakit. Blh kah tulang blkg saya dirawat?

    ReplyDelete
  25. Assalam..saya plan nk bawa anak perempuan umur 13 thn. Pinggang sebelah kanan senget..dan sekarang dia mengadu sakit..nk tunduk pun sakit..dia tinggal di asrama. Minggu ke3 puasa dia akab balik hujung minggu.boleh saya bawa dia berubat dlm bulan puasa?

    ReplyDelete
  26. Salam. Saya slip disc dr L3, 4, 5 & S1. Dah buat physio tp lpas sebulan stil sakit. Saya dah kurang mkn pain killer jd selalu sakit satu badsn dan selalu rasa lenguh dari peha ke bawah. Mcm nak urut tp takut sbb dokter xsyorkan.. mcmana ye

    ReplyDelete
  27. Saya mengalami penyakit senggal dalam ponggong dan sekali skala akan senggal dan bisa di kedua belah peha .saya telah memmbuat MRI Dr memaklumkan tulang belakang saya no 3 dan 4 rapat dan pelapik telah kembang sedikit .sekarang saya makan obat celebrex 200mg dan Gabapin 300 mg sekali sehari waktu malan dan vecobal 500mcg 3kali sehari . Apakah keadah rawatan ini dapat membantu.
    apakah perbezaan rawatan ini dengan Chiropratic

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum...
    tuan, anak saudara sy berusia 13 tahun telah disahkan menghidapi scoliosis (tulang belakang bengkok) oleh doktor pakar orthopedic. dan kami diberitahu bahawa anak saudara saya (perempuan) ini mesti di operation pd tahun depan. so, sy nak tau.. boleh ke dengan kaedah rawatan tuan ini kami dapat elakkan dari operation itu... sbb kami tak sanggup nk menganggung risiko nya nanti. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, boleh saja dirawat. Tiada masalah insya Allah. Jika inginkan rawatan sila hubungi saya.

      Delete
  29. ada perawat wanita utk pesakit wanita tak?

    ReplyDelete
  30. Salam, saya nak tanya. Suami saya pernah lompat dari tangga dan semasa landing kedudukan kakinya tidak betul iaitu kaki kanan dalam keadaan tegak. Ini menyebabkan kedudukan tulang kaki di bahagian punggungnya lari sedikit. Beliau sering merasakan tidak selesa seperti lenguh. Adakah boleh dirawat menggunakan kaedah ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam boleh tapi masalah suami anda bukan pasal jatuh tangga tetapi masalah lain. Sila datang ke pusat rawatan saya untuk penerangan lanjut dan rawatan yang dicadangkan.

      Delete
  31. Salam tn syafrizal, saya ada masalah dengan tulang l5 dan skarang ni kaki kiri sya telah pun kebas sepenuhnya sya ingin tau bolehkah ia diubati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, masih boleh dirawat Insya Allah

      Delete
  32. saya mengalami slip disc L4 dan 5, Adakah rawatan ini boleh masukkan semula ketempatnya disc yang dah tergelincir keluar. umur saya 50 tahun

    ReplyDelete
  33. sy mengalami msalah slip disc atau scoliosis yg agk teruk, adakah ianya boleh dirawat sehingga tidak bengkok lagi? dan sya ingin tahu berapa lama masa yg diambil untuk sembuh??

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum, bapa saya disah alami Slip Disc di C4 C5 dan C6 yang kronik selepas dibuat ujian MRI. Alami kebas dibahagian leher, tangan serta sukar mengangkat bahagian pinggul dan hanya mampu mengesot sahaja seolah-seolah seperti Lumpuh (Deria rasa dan pergerakan berfungsi). Adakah rawatan ini sesuai dan berapa kos?

    ReplyDelete

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...