04 July 2012

Merawat masalah gout dengan akupunktur


Kaki yang terkena gout

Gout merupakan suatu penyakit yang melibatkan asid urik berlebihan dan telah berkumpul di sendi-sendi dan tulang kaki. Asid urik tersebut sepatutnya dibuang melalui air kencing. Oleh itu buah pinggang perlu berada di dalam keadaan yang normal untuk membuang asid urik tetapi malangnya ramai mengalami masalah buah pinggang yang kotor. Ianya ibarat penapis penghawa dingin yang sudah tepu dengan kotoran dan tidak pernah dicuci. Jika buah pinggang sudah bermasalah bagaimana asid urik dapat dibuang? Sudah tentu ianya akan turun ke bahagian kaki dan membentuk kristal di sendi dan tulang. Maka terjadilah penyakit yang dinamakan penyakit gout.




Merawat masalah gout dengan akupunktur

Kelebihan akupunktur dalam merawat masalah gout adalah:
  • akupunktur dapat melancarkan pengaliran darah dari lutut hingga ke bawah kaki
  • memberi kelegaan pada kaki pesakit gout
  • mengaktifkan saraf yang terkesan daripada asid urik berlebihan 
  • menstabilkan tenaga meridian di bahagian kaki
  • menguatkan fungsi buah pinggang untuk membantu penyingkiran asid urik melalui air kencing.

Jarum akupunktur dicucuk di bahagian kaki gout yang terlibat.
Rawatan akupunktur untuk pesakit gout

Titik yang digunakan melibatkan titik meridian yang di kaki seperti titik hati, perut, buah pinggang, limpa, pundi kencing dan pundi kencing. Sebagai tambahan jarum akupunktur dicucuk di sekeliling jari sendi kaki yang bengkak akibat berkumpulnya asid urik. Ini memberikan kelegaan kepada kaki pesakit gout. Yang paling penting tumpuan juga diberikan


Kaki yang bengkak menunjukkan penyakit gout yang kronik
Rawatan akupunktur bagi penyakit gout yang kronik

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi masalah gout bolehlah menghubungi saya di talian 03-54803320 atau  017-6834764.





No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...