25 July 2012

Merawat masalah sakit abdomen


Sakit abdomen

Sakit abdomen terjadi apabila organ-organ di dalam bahagian abdomen bermasalah dan memberi kesan dengan terasa sakit. Organ-organ tersebut adalah perut, usus kecil, usus besar, hati (liver), pundi hempedu, limpa dan pankreas. Di dalam perubatan tradisional Cina, setiap organ menguatkan atau melemahkan organ yang lain. Oleh itu, sakit abdomen kemungkinan berpunca daripada masalah organ yang menguatkan organ yang dikhuatiri menyebabkan sakit abdomen tersebut.


Terdapat juga kes di mana sakit abdomen tidak terasa di abdomen tetapi terasa di belakang badan. Saraf-saraf yang berkaitan organ-organ di abdomen memang bersambung pada saraf di tulang belakang. Maka tulang belakang perlulah berada di dalam kedudukan yang betul jika tidak ianya akan memberi kesan pada satu sama lain.



Gambarajah di atas menunjukkan bahagian abdomen yang dibahagikan mengikut sakit-sakit tertentu. Seperti contoh sakit pinggang belah kiri menunjukkan masalah buah pinggang, sembelit atau peradangan pada usus.

Rawatan akupunktur

Bagi merawat masalah sakit abdomen ini rawatan yang sesuai adalah rawatan akupunktur. Terdapat dua cara iaitu akupunktur di abdomen itu sendiri atau pun rawatan akupunktur di tangan. Kedua-duanya mempunyai tujuan untuk melegakan kesihatan, melancarkan pengaliran darah dan menstabilkan tenaga Chi.

Rawatan akupunktur bagi masalah perut buncit

Carta Korean Hand Therapy

Semasa rawatan akupunktur pesakit akan berasa panas di bahagian abdomen yang menunjukkan darah sedang mengalir di bahagian berkenaan. Satu tanda yang bagus kerana pengaliran darah sangat penting bagi kesembuhan dengan izin Allah.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi masalah sakit abdomen bolehlah menghubungi saya di talian 03-54803320 atau 017-6834764.





No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...