10 July 2012

Merawat sindrom piriformis


Masalah sindrom piriformis

Masalah sindrom piriformis terjadi apabila otot piriformis yang terletak di punggung bersentuh dengan saraf sciatica yang menyebabkan sakit di bahagian punggung dan juga di keseluruhan saraf sciatica. Kesakitan amat ketara apabila menaiki tangga, duduk bersila atau di atas kerusi dan mencangkung.


Rawatan yang sesuai bagi masalah ini adalah rawatan pembetulan tulang belakang dan rawatan akupunktur. Kedua-duanya mempunyai kaedah yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu melegakan kesakitan saraf dan menstabilkan tekanan dan pengaliran darah terutama di punggung dan keseluruhan kaki.

Rawatan akupunktur

Titik akupunktur
Seperti gambar di atas titik akupunktur banyak terdapat di bahagian belakang badan termasuk pinggang, punggung dan kaki. Kebiasaannya jarum akupunktur akan dicucuk di punggung bagi melegakan kesakitan saraf sciatica, melancarkan pengaliran darah dan melancarkan tenaga meridian yang merentangi bahagian punggung dan saraf sciatica.

Akupunktur tangan kaedah Korean Hand Therapy

Terdapat lagi satu kaedah akupunktur iaitu Korean Hand Therapy. Jarum akupunktur dicucuk di jari kelingking bagi merawat masalah sindrom piriformis. Semasa rawatan bahagian yang bermasalah iaitu punggung dan keseluruhan kaki akan terasa panas menandakan darah sedang mengalir. Insya Allah akan terasa kelegaan selepas rawatan.


Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan bagi masalah sindrom piriformis bolehlah hubungi saya, Syafrizal, di talian 017-6834764.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...