28 October 2012

Merawat masalah ekzema dengan rawatan akupunktur


Diagram ekzema


Ekzema diambil dari perkataan greek yang bermaksud kulit yang mendidih (boiling) merujuk pada keadaan kulit tersebut. Ekzema merupakan penyakit genetik (yang diwarisi dari ibu bapa) yang menyebabkan peradangan, gatal-gatal dan bengkak pada kulit. Ianya ada kaitan dengan tindakbalas sensitif yang melampau pada kulit sebagai organ terbesar manusia. Masalah ekzema boleh dihidapi pelbagai lapisan umur.Pada peringkat awal ekzema menyebabkan kulit kering, gatal dan terasa pedih tetapi bagi peringkat yang kronik kulit ekzema menjadi merekah, melecet dan berdarah.



Rawatan akupunktur bagi masalah ekzema

Pelbagai tips pencegahan, produk kesihatan dan kaedah rawatan boleh didapati dalam merawat masalah ekzema ini. Salah satu antara kaedah rawatan alternatif adalah rawatan akupunktur. Sudah sedia maklum rawatan akupunktur mempunyai keberkesanan dalam merawat masalah kulit termasuk ekzema.

Di dalam rawatan akupunktur salah satu ciri penting dalam merawat masalah kesihatan adalah pengaliran darah. Akupunktur mampu menstabilkan pengaliran darah yang mempercepatkan proses penyembuhan masalah kulit. Bukan sahaja itu, saraf juga diaktifkan dan tenaga Chi yang memainkan peranan penting juga dapat dinormalkan.


Gambar di atas menunjukkan rawatan akupunktur yang saya lakukan ke atas pesakit ekzema. Satu kriteria masalah ekzema yang tidak boleh disangkal adalah tabiat menggaru ketika kulit gatal. Tahukah anda akupunktur mampu mengurangkan tabiat tersebut selepas rawatan pertama dilakukan.

Selain rawatan akupunktur pemakanan juga perlu dijaga. Pada pendapat peribadi saya, amalan minum ais/air sejuk (walaupun daripada peti sejuk) memang menyumbang kepada masalah kulit dan menyukarkan proses penyembuhan. Sekiranya pesakit masih tidak pantang minum ais maka tiada guna rawatan akupunktur dibuat. Oleh itu sebagai tambahan bolehlah mengamalkan pemakanan kesihatan seperti gamat yang sangat bagus untuk merawat masalah ekzema ini. Segala kesembuhan datang daripada Allah, kita hanya mampu berusaha.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi masalah ekzema boleh menghubungi saya, Syafrizal, seperti berikut:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D, 
Seksyen 11, Shah Alam

Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764


No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...