![]() |
| Perut buncit |
Akupunktur tangan yang digunakan adalah mengikut kaedah Korean Hand Therapy. Saya menggunakan kaedah ini kerana ianya sesuai bagi kaum lelaki dan wanita. Tidak perlu buka baju dan hanya tapak tangan sahaja terlibat. Tapak tangan kita memang ada titik-titik akupunktur yang mewakili organ-organ di dalam badan. Oleh itu titik-titik akupunktur yang mewakili perut, usus dan organ-organ lain dipilih bagi merawat masalah perut buncit.
![]() |
| Saraf Median |
![]() |
| Saraf Ulnar |
Mengikut pada anatomi tapak tangan, terdapat 2 jenis saraf yang meliputi tapak tangan iaitu saraf median dan ulnar. Kedua-duanya memberi rangsangan kepada tapak tangan dan menggerakkan jari dan otot pada tangan. Oleh itu sekiranya titik akupunktur dapat dirangsang pada tapak tangan maka saraf median dan ulnar ini akan membawa rangsangan tersebut kepada otak dan otak akan membawanya kepada organ yang terlibat. Dalam kes ini ianya adalah perut, usus dan organ-organ berdekatan seperti buah pinggang.
![]() |
| Carta Korean Hand Therapy |
Seperti gambarajah di atas tapak tangan menunjukkan titik-titik organ yang diwakili. Titik yang terlibat adalah perut, pusat, usus besar, buah pinggang dan lain-lain. Jarum bersaiz suku inci akan dicucuk pada titik-titik berkenaan. Selepas beberapa minit jarum dicucuk kebanyakkan pesakit akan berasa panas di bahagian perut menandakan darah sudah mengalir. Malah ada pesakit yang memberi respon baik bahawa setelah beberapa jam rawatan beliau dapat mengawal selera makan.
Mengikut pengalaman peribadi saya pula, saya buat rawatan ini pada tapak tangan saya kemudian saya melakukan aktiviti jogging. Selepas habis berjogging saya membuat senaman sit-up dan saya dapat menurunkan saiz pinggang kepada 2 inci.
![]() |
| Akupunktur tangan untuk perut buncit |
Sesiapa berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur tangan bagi masalah perut buncit bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di talian 03-54803320 atau 017-6834764. Alamat pusat rawatan di:
No. 15, Jalan Dabus 11/2D,
Seksyen 11 Shah Alam.





No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dihargai.