11 November 2012

Merawat masalah tenosynovitis dengan rawatan akupunktur


Masalah tenosynovitis

Penyakit tenosynovitis adalah masalah peradangan di bahagian lapisan yang mengelilingi tendon. Punca peradangan ini tidak diketahui tetapi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor:
  • Penyakit yang menyebabkan peradangan
  • Jangkitan kuman
  • Kecederaan
  • Terlebih menggunakan tendon (overuse)
  • Ketegangan atau koyak
Bahagian badan yang sering dialami masalah tenosynovitis ini adalah pergelangan tangan, tangan dan juga kaki. Tetapi kebiasaannya penyakit tenosynovitis ini berlaku pada lapisan yang mengelilingi mana-mana tendon.

Tanda-tanda masalah tenosynovitis ini adalah:

  • Kesukaran dan kesakitan untuk menggerakkan sendi
  • Sendi bengkak di kawasan yang bermasalah
  • Kesakitan di bahagian sendi terutama di pergelangan tangan, tangan dan buku lali
  • Kemerah-merahan di bahagian tendon



Rawatan akupunktur

Bagi merawat masalah tenosynovitis ini disarankan jangan diurut kerana ianya akan memburukkan keadaan lagi. Jadi rawatan akupunktur dipilih kerana dapat melancarkan darah, menurunkan bengkak, melegakan kesakitan dan merangsang kembali saraf yang terkesan.

Jarum akupunktur dicucuk di sekeliling kawasan yang bermasalah dan titik lain juga boleh dipilih bagi membantu proses pemilihan. Sebagai contoh di dalam gambar di bawah menunjukkan pesakit mengalami masalah tenosynovitis di pergelangan tangan beliau dan jarum dicucuk di sekeliling kawasan bermasalah. Titik tambahan akupunktur boleh juga dipilih bagi mempercepatkan lagi proses penyembuhan seperti titik Hegu LI4 dan titik Neiguan PC6.

Rawatan akupunktur bagi masalah tenosynovitis


Selepas rawatan dibuat selama setengah jam pesakit berasa lega dari kesakitan dan bengkak beransur turun berbeza daripada sebelumnya. Ini adalah disebabkan rawatan akupunktur yang menggalakkan pengaliran darah yang normal bagi membantu tendon tersebut pulih kepada keadaan asal dan masalah peradangan dapat dikurangkan dengan izin Allah. Pesakit dinasihatkan supaya mengelakkan daripada mengamalkan minum ais atau air sejuk (walau dari peti sejuk) kerana ianya akan mengakibatkan kawasan bermasalah masuk angin dan merosakkan saraf, tendon dan darah. Pemakanan seperti gamat juga digalakkan kerana gamat mempunyai khasiat dalam merawat masalah peradangan di sendi.


Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi merawat masalah tenosynovitis bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di alamat seperti berikut:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D, Seksyen 11, Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...