05 December 2012

Merawat bisul dengan rawatan akupunktur


Bisul di dagu


Masalah bisul boleh dikatakan pernah dialami oleh semua orang dan ianya memang perit dan sakit apabila sudah sampai tahap masaknya. Lagi merungsingkan apabila masalah bisul ini kerap berulang kali terjadi. Apakah itu bisul? Bisul merupakan salah satu proses jangkitan yang diakibatkan oleh nanah yang berkumpul di rongga-rongga tisu. Ini adalah tindakbalas sistem pertahanan badan atau imuniti dalam menghalang virus atau bakteria daripada merebak ke kawasan lain. Tanda tidak balas adalah seperti kemerah-merahan dan bernanah. Nama bagi bisul adalah furuncle yang lebih kurang sama juga simptomnya dengan jerawat.

Terdapat pelbagai kaedah dalam merawat masalah termasuk kaedah perubatan moden/barat, terapi herba/tradisional dan sebagainya. Bagi rawatan alternatif saya menggunakan kaedah akupunktur dalam merawat masalah bisul. Rawatan akupunktur bertujuan menstabilkan pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan. Kesan daripada rawatan alternatif ini bergantung pada tahap bisul tersebut sama ada baru nak masak atau sudah masak sehingga mengeluarkan mata bisul tersebut.



Rawatan akupunktur dalam merawat bisul.

Kaedah kedua dalam merawat masalah bisul ini adalah dengan rawatan akupunktur. Bagaimana akupunktur dapat merawat masalah bisul ini? Seperti rawatan yang saya lakukan sebelum ini seperti merawat masalah ekzema, jarum akupunktur dicucuk di sekeliling kawasan yang bermasalah dan bagi masalah bisul ini juga cara yang sama juga dibuat. Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah jarum akupunktur dicucuk di 4 penjuru mengelilingi kawasan bisul. Ini bertujuan untuk menstabilkan pengaliran darah dan melegakan kesakitan. Walau bagaimanapun rawatan akupunktur adalah rawatan yang berperingkat dan rawatan selanjutnya diperlukan.

Rawatan akupunktur bagi masalah bisul


Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan bagi masalah bisul bolehlah menghubungi saya, Syafrizal, di:


Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D, Seksyen 11, Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...