25 December 2013

Merawat masalah optic neuritis dengan rawatan akupunktur


Optic neuritis


Optic Neuritis adalah merupakan peradangan yang berlaku pada saraf optik, yang juga dikenali sebagai saraf cranial II, menghantar maklumat visual atau gambar daripada retina kepada otak. Masalah optic neuritis ini membawa kesan penglihatan kabur, kurang ketajaman penglihatan, buta keseluruhan atau sebahagian dan sakit di belakang mata.

03 November 2013

Kesan stress terhadap badan manusia


Kesan stress terhadap badan manusia

Kajian menunjukkan stress menjurus kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan terhadap manusia. Gambar di atas menunjukkan stress memberi kesan buruk terhadap hampir kesemua organ di dalam badan. Tidak hairan jika seseorang yang tidak dapat mengawal stressnya kemungkinan membawa kepada kualiti kesihatan yang sangat rendah dalam masa yang singkat.

1. Otak dan saraf - Stress membawa kepada sakit kepala, rasa putus asa, kurang bertenaga, kesedihan, gemuruh, cepat marah atau kurang selera makan, masalah memberi tumpuan, masalah memori, susah tidur, masalah kesihatan mental seperti serangan panik, kemurungan dan kebimbangan.

2. Kulit - Jerawat akan mudah naik terutama di bahagian muka serta masalah kulit yang lain.

3. Otot dan sendi - Otot menjadi tegang dan sakit terutama di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Meningkatnya risiko kehakisan tulang.

4. Jantung - Degupan jantung yang laju, tekanan darah meningkat, risiko mendapatkan kolesterol tinggi dan serangan jantung.

5. Perut - Muntah-muntah, sakit perut, pedih ulu hati dan berat badan naik.

6. Pankreas - Risiko kencing manis amat mudah dihidapi.

7. Usus - Cirit birit, sembelit dan masalah pencernaan yang lain.

8. Sistem pembiakan - Bagi wanita, kitaran haid yang tidak teratur dan teramat sakit. Nafsu seks juga menurun. Bagi lelaki pula, masalah mati pucuk, pengeluaran sperma yang sedikit dan nafsu seks yang berkurangan.

9. Sistem imunisasi - Kurang upaya melawan penyakit atau proses penyembuhan daripada penyakit yang lambat.

22 October 2013

Rawatan Alternatif Syafrizal dalam Foursquare


Alhamdulillah pusat rawatan saya sudah berada di Foursquare secara rasmi. Jika anda datang ke pusat rawatan saya sila check in ye :-).

I'm grateful that my treatment center officially on Foursquare. Please check in if you do come to my treatment center :-)

15 October 2013

Merawat masalah frozen shoulder



Bahu kaku atau frozen shoulder

Frozen shoulder atau dalam perubatan lebih dikenali sebagai adhesive capsulitis adalah merupakan peradangan di bahagian tisu yang bersambung dengan sendi bahu. Tisu tersebut mengeras dan mengakibatkan pergerakan mereka yang mengalaminya menjadi terbatas dan menghadapi kesakitan yang sangat kronik. Proses penyembuhan bagi masalah adhesive capsulitis ini memang lambat dan kebiasaannya pesakit akan mengalami kesakitan di waktu malam dan ketika cuaca sejuk serta menganggu pesakit untuk tidur.

02 October 2013

Stok jarum akupunktur masih lagi ada


Jarum akupunktur untuk dijual

Stok jarum akupunktur masih ada pada saya. Saiz yang ada adalah 1/4 inci, 1/2 inci, 1 inci dan 1 1/2 inci. Sesiapa berminat untuk mendapatkannya bolehlah menghubungi saya:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D, 
Seksyen 11, 
Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764
*Sila telefon/sms/Whatsapp dahulu sebelum datang

Jarum akupunktur memang mempunyai pelbagai saiz dan untuk beberapa tujuan. Mengikut perubatan tradisional Cina, jika jarum itu lagi kasar maka ianya sangat elok bagi pesakit kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Tetapi pesakit akan berasa sedikit sakit. Jangan khuatir kerana ianya adalah untuk mengaktifkan saraf, melancarkan pengaliran darah dan melegakan kesakitan. Pesakit akan terasa kebas-kebas di bahagian yang dicucuk atau kawasan yang berkaitan.

09 September 2013

Titik akupunktur Binao LI-14


Titik akupunktur Binao LI-14

Titik akupunktur Binao LI-14 ini selalunya saya gunakan bagi merawat masalah sendi bahu yang berbunyi atau longgar. Bagi menguatkan kembali sendi bahu saya gabungkan dengan titik akupunktur Jianyu LI-15, titik akupunktur Jugu LI16 dan titik akupunktur Jianjing GB-21. Sila tekan untuk beberapa saat dan ulang dalam beberapa kali.

Lokasi: Di bawah otot bahu yang atas. 7 cun di atas hujung lipat siku.
Khasiat: Bagus untuk asma, sakit leher, lengan tidak dapat diangkat dan sakit bahu.

31 August 2013

Senaman bagi masalah otot piriformis


Otot piriformis

Otot piriformis terletak di punggung dan kebanyakkan orang mengalami sakit punggung di bahagian tersebut. Faktor-faktor masalah otot piriformis ini adalah antaranya kecederaan bersukan, jatuh dari tempat tinggi, duduk atau berdiri terlalu lama dan sebagainya. Senaman ini amat berguna bagi meregangkan kembali otot piriformis yang sudah tegang.


Senaman bagi regangan otot piriformis


1. Gluteal stretch - sila baring dan bengkokkan kedua-dua lutut anda. Rehatkan kaki yang cedera atau sakit ke atas kaki yang lain seperti ditunjukkan dalam gambar. Kemudian pegang peha kaki yang tidak cedera dan tarik menghala ke dada anda. Anda akan terasa regangan di bahagian punggung kaki yang kesakitan dan mungkin juga akan terasa di bahagian luar peha. Tahan selama 15 saat hingga 30 saat dan ulangi sebanyak 3 kali.

2. Standing hamstring stretch - Letakkan tumit kaki yang cedera di atas kerusi pendek (stool) dan pastikan kaki anda lurus. Kemudian cuba turunkan badan anda seakan-akan ingin mencapai hujung kaki anda dengan kedua tangan anda. Anda akan terasa sedikit regangan di belakang peha. Jangan tunduk terlalu ke bawah kerana ianya akan meregangkan bahagian pinggang pula.Tahan selama 15 saat hingga 30 saat dan ulangi sebanyak 3 kali.

3. Resisted hip abduction - Berdiri mengiring di tepi pintu seperti di dalam gambar dan kaki yang cedera berada jauh dari pintu. Ikat tali getah di buku lali yang cedera dan hujung tali lagi satu diikat dihujungnya. Selepas itu diselit di bawah pintu. Kaki yang diikat ditarik ke arah luar dan kembali kepada posisi asal. Pastikan kaki anda lurus serta ulangi sebanyak 2 set daripada 15 set. Untuk lagi advance sila tarik kaki ke arah luar dengan lebih jauh sedikit.

4. Partial curl - Sila baring seperti nak buat sit up. Kemudian bangun dan meluruskan tangan anda ke depan. Kepala dan bahu anda sahaja yang perlu diangkat serta mengempiskan perut pada masa yang sama. Tahan selama 3 saat. Perlu diingat tidak perlu tahan nafas ketika ini. Sila ulang sebanyak 10 kali.

5. Prone hip extension (bent leg) - Anda perlu meniarap dan meletakkan bantal di bawah tulang pinggul. Bengkokkan lutut kaki yang cedera dan keraskan otot perut anda. Angkat kaki anda yang cedera setinggi 6 inci dan luruskan kaki yang lain. Tahan posisi ini selama 5 saat dan cuba lakukan 2 set daripada 15. Ulang senaman ini bagi kaki yang lain.

6. Clam exercise - Baring mengiring pada sebelah badan anda yang tidak cedera. Pinggul dan lutut anda dibengkokkan. Kaki pula dirapatkan seperti di dalam gambar. Secara perlahan angkat kaki anda menghala ke siling sambil tumit anda bersentuh dengan tumit lagi satu. Tahan selama 2 saat dan turunkan kaki dengan perlahan. Buat 2 set daripada 15 ulangan.


Sumber:
Written by Tammy White, MS, PT, and Phyllis Clapis, PT, DHSc, OCS, for RelayHealth.
Published by RelayHealth.
© 2012 RelayHealth and/or its affiliates. All rights reserved.

05 July 2013

Titik akupunktur Jianyu LI-15


Titik akupunktur Jianyu LI-15

Lokasi: Di atas pangkal lengan pada lekukan sendi bahu
Sifat: Melancarkan meridian, menghilangkan lembap, membersihkan energi dari api pada meridian, melancarkan persendian dan menurunkan suhu panas.
Khasiat: Gangguan sendi bahu, tangan tidak bertenaga, penyakit kulit.

P/S: Saya kerap menggunakan titik ini bagi merawat mereka yang sakit sendi bahu seperti mereka yang bermain badminton.

27 May 2013

Titik akupunktur Chengqi ST1



Titik akupunktur Chengqi ST 1

Titik akupunktur Chengqi ST 1

Lokasi: Pada lingkaran tulang (orbital) di bawah mata 1/2 cun
Khasiat: Gangguan mata, mata merah, keluar air mata, mata lelah, pandangan kabur, eye bag, gangguan hidung
Kaedah: Tekan dengan jari dalam kiraan 10 dan ulang sebanyak 3 kali.

11 May 2013

Kelebihan minum air suam



Pengamalan minum air suam

Semua sedia maklum kebaikan minum air suam. Berikut saya sertakan kebaikan meminum air suam:

1. Menguruskan badan
Berita baik bagi mereka yang sedang. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Kredit: Blog Sedetik waktu....Secuit masa....
 

22 April 2013

Titik akupunktur Ganshu BL-18



Lokasi: 1.5 cun dari pertengahan tulang belakang dan berada di antara tulang T9 dan T10

Keistimewaan: Titik hati atau liver (titik untuk mengatasi hati yang tersumbat), merangsang organ hati dari belakang. Jika hati atau liver bermasalah boleh dipicit titik ini.

Sifat: Dapat menambahkan darah, menghilangkan kesumbatan di dalam pengedaran darah, menghilangkan panas dan lembap pada hati dan hempedu, menambah daya penglihatan.

Khasiat: Perut bengkak, sakit kuning, jaundice, rasa mual, sedikit menstruasi atau menstruasi berlebihan, mata kabur, mata merah, sakit di bahagian perut atas, muntah darah, hidung berdarah, rabun ayam, epilepsi, gangguan mental dan sakit pinggang.

13 March 2013

Terapi bakar muka dari China



Beijing: Wanita memang sentiasa mencari jalan terbaru mendapatkan wajah kekal muda, namun satu kaedah yang digunakan di China boleh dianggap 'lebih panas' berbanding yang lain.

Terapi di sebuah salun di China menawarkan rawatan muka yang mengerikan - dikenali sebagai Huo liao - menggunakan api.

Media melaporkan, pakar terapi menghidupkan api di muka pelanggan mereka bagi merangsan penghasilan semula sel, sekali gus menyebabkan kulit menjadi lebih muda.

Mula-mula mereka meletakkan tuala dibasahi alkohol dan sejenis cecair 'khas' ke kulit sebelum menghidupkan api di situ.

Api menyambar pantas kawasan kulit yang disapu cecair berkenaan.

Difahamkan, prosedur itu membolehkan masalah kedut pada kulit diatasi, manakala ada pihak lain mendakwa, ia turut bermanfaat untuk merwata masalah kegemukan melampau. - DM

Sumber: Harian Metro Sabtu 9hb Mac 2013

Ulasan Rawatan Alternatif Syafrizal: Macam-macam ada :). Semata-mata untuk kecantikan wajah. Rawatan akupunktur lebih selamat daripada menggunakan api.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...