03 November 2013

Kesan stress terhadap badan manusia


Kesan stress terhadap badan manusia

Kajian menunjukkan stress menjurus kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan terhadap manusia. Gambar di atas menunjukkan stress memberi kesan buruk terhadap hampir kesemua organ di dalam badan. Tidak hairan jika seseorang yang tidak dapat mengawal stressnya kemungkinan membawa kepada kualiti kesihatan yang sangat rendah dalam masa yang singkat.

1. Otak dan saraf - Stress membawa kepada sakit kepala, rasa putus asa, kurang bertenaga, kesedihan, gemuruh, cepat marah atau kurang selera makan, masalah memberi tumpuan, masalah memori, susah tidur, masalah kesihatan mental seperti serangan panik, kemurungan dan kebimbangan.

2. Kulit - Jerawat akan mudah naik terutama di bahagian muka serta masalah kulit yang lain.

3. Otot dan sendi - Otot menjadi tegang dan sakit terutama di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Meningkatnya risiko kehakisan tulang.

4. Jantung - Degupan jantung yang laju, tekanan darah meningkat, risiko mendapatkan kolesterol tinggi dan serangan jantung.

5. Perut - Muntah-muntah, sakit perut, pedih ulu hati dan berat badan naik.

6. Pankreas - Risiko kencing manis amat mudah dihidapi.

7. Usus - Cirit birit, sembelit dan masalah pencernaan yang lain.

8. Sistem pembiakan - Bagi wanita, kitaran haid yang tidak teratur dan teramat sakit. Nafsu seks juga menurun. Bagi lelaki pula, masalah mati pucuk, pengeluaran sperma yang sedikit dan nafsu seks yang berkurangan.

9. Sistem imunisasi - Kurang upaya melawan penyakit atau proses penyembuhan daripada penyakit yang lambat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...