25 December 2013

Merawat masalah optic neuritis dengan rawatan akupunktur


Optic neuritis


Optic Neuritis adalah merupakan peradangan yang berlaku pada saraf optik, yang juga dikenali sebagai saraf cranial II, menghantar maklumat visual atau gambar daripada retina kepada otak. Masalah optic neuritis ini membawa kesan penglihatan kabur, kurang ketajaman penglihatan, buta keseluruhan atau sebahagian dan sakit di belakang mata.

Punca masalah optic neuritis tidak diketahui tetapi mengikut pakar doktor ianya berkemungkinan disebabkan daripada masalah sistem pertahanan badan atau autoimmune disorder lantas jangkitan menjadikan saraf optik membengkak secara mendadak. Bagi sesetengah orang, tanda dan simptom optic neuritis ini adalah petanda bagi masalah multiple sclerosis, iaitu satu keadaan yang mengakibatkan peradangan dan kerosakan pada saraf di otak dan saraf tunjang.

Kebanyakkan pesakit yang mengalami masalah optic neuritis bagi pertama kali dirawat dengan ubat steroid bagi mempercepatkan proses penyembuhan dan mendapatkan kembali penglihatannya.1

Rawatan akupunktur

Bagi rawatan alternatif selain daripada mengambil steroid, rawatan akupunktur mampu membantu pesakit yang mengalami masalah optic neuritis. Terdapat pelbagai titik akupunktur yang dapat digunakan bagi mengaktifkan kembali saraf optik seperti di bahagian kepala terutamanya.

Saraf optik bersambung pada Visual Cortex

Seperti gambar di atas kita boleh lihat saraf optik bersambung dari bahagian retina mata hingga kepada otak. Selepas itu terdapat sambungan kepada bahagian belakang otak yang dikenali sebagai Visual Cortex. Titik akupunktur yang digunakan di bahagian visual cortex ini adalah titik GB-19 dan GB-20 (gambar bawah). Kedua-dua titik ini sangat bagus dalam merawat masalah saraf optik seperti optic neuritis.

Titik meridian Gall Bladder

Selain daripada itu titik akupunktur di kawasan mata juga boleh digunakan. Anda boleh lihat di dalam gambar di bawah terdapat banyak titik yang boleh diambil dalam rawatan akupunktur. Titik-titik ini boleh ditekan dengan menggunakan jari secara lembut beberapa kali.


Titik akupunktur di mata dan rawatannya


Tapak tangan anda juga boleh digunakan dalam merawat masalah saraf optik. Korean Hand Acupuncture merupakan rawatan akupunktur yang menggunakan tapak tangan sebagai platform rawatan. Jarum dicucuk di bahagian hadapan dan belakang jari tengah sama seperti titik di mata dan belakang kepala. Kebiasaannya pesakit yang mempunyai masalah perjalanan darah agak lambat untuk merasakan kesannya berbanding pesakit yang tidak mempunyai masalah perjalanan darah.

Akupunktur tangan Korea


Sekiranya berminat dalam mendapatkan rawatan akupunktur bagi masalah optic neuritis atau masalah penglihatan sila hubungi:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D,
Seksyen 11, Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764
BBM: 7BB0C88F
*Sila telefon/sms/Whatsapp/BBM dahulu sebelum datang


Sumber: 1. Mayoclinic.com














No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...