30 March 2014

Merawat kerap menguap dengan rawatan akupunktur


Kerap menguap tanda semakin tua
Menguap sering berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira waktu. Beberapa faktor perlu diambil kira yang menyebabkan terjadinya proses menguap ini termasuk tidak cukup tidur, kurangnya oksigen, kerap mengambil air sejuk atau ais dan sebagainya. Bagi merawat masalah kerap mengantuk ini rawatan akupunktur digunakan bagi menstabilkan pengaliran darah dan mengaktifkan saraf di bahagian kepala.

23 March 2014

Kerap hamil kurangkan risiko kanser ovari



UJAR Nor Anita, wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara dan ovari berisiko tinggi mendapat penyakit ini.



KEPADA kaum Hawa, seandainya perut anda tiba-tiba terasa kembung atau menjadi buncit tanpa sebab, berhati-hatilah dan segera bertemu doktor. Ini kerana itu adalah antara petanda anda mungkin menghidap kanser ovari.

Sel kanser yang membiak di dalam ovari atau kantung telur wanita boleh menyebabkan perut menjadi besar seperti wanita sarat mengandung dalam tempoh tidak sampai satu bulan dan merebak ke organ lain badan seperti usus, paru-paru dan buah pinggang tanpa disedari pesakit.

Pakar Gynaeoncology dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan, Dr. Nor Anita Abdullah berkata, berbeza dengan kanser payudara yang boleh dikesan awal, kanser ovari belum ada kaedah saringan berkesan dan ekonomikal.

Beliau berkata, sel kanser ovari berkembang secara agresif dan pantas. Keadaan itu menyebabkan wanita bukan sahaja boleh kehilangan kedua-dua kilang telur bahkan rahim dan pangkal rahim selalunya terpaksa dibuang menerusi pembedahan.

Jelasnya, kanser ovari tahap pertama dikelaskan sebagai sel kanser masih kekal berada dalam kantung telur namun ia tetap mampu mengembangkan saiz kilang telur yang asalnya bersaiz 2 atau 3 sentimeter sehingga menjadi tumor yang boleh mencapai berat melebihi 20 kilogram (kg).

Katanya, apabila kanser sudah merebak sehingga peringkat tiga atau empat, peratusan pesakit yang boleh hidup sehingga tempoh lima tahun adalah kurang 30 peratus, malah kebanyakan mereka terpaksa menjalani hidup yang tidak berkualiti kerana komplikasi lain seperti sakit belakang yang berpanjangan, mengalami masalah paru-paru dan terpaksa memakai beg najis kesan tumor yang menekan usus.

“Protokol kita adalah untuk membuang semua sel kanser yang kita nampak semasa pembedahan, jika ia dapat dikesan pada bahagian lain maka kita akan buang semua termasuklah juga sebahagian usus dan kelenjar limpa.

“Namun bagi pesakit kanser tahap satu berumur bawah 40 tahun ataupun yang belum berkahwin kami akan cuba selamatkan ovari dan hanya membuang tumor pada bahagian terjejas sahaja serta menasihatkan pesakit menjalani kemoterapi kerana pada usia yang muda dia boleh sembuh malah kemoterapi tidak akan menjejaskan kilang telur yang masih ada sekali gus memberi peluang pesakit hamil,” katanya.



PIL perancang keluarga menahan proses ovulasi sekali gus melindungi wanita daripada kanser ovari.



Masalah kegemukan

Nor Anita berkata, biarpun secara umumnya majoriti pesakit kanser ovari di negara membabitkan wanita berumur 50 hingga 54 tahun namun golongan kanak-kanak dan remaja juga tidak terkecuali.
Jelasnya, beliau sendiri di HRPZ II pernah merawat seorang pesakit berusia semuda 9 tahun dan seorang remaja berusia 19 tahun yang pada peringkat awal hanya disangka mempunyai masalah kegemukan.

“Pesakit remaja ini datang dengan perut buncit seperti orang mengandung dan oleh kerana fizikalnya yang obes pihak keluarga tidak menjangka yang buruk malah membelikannya pil pelangsing.
“Remaja ini disahkan menghidap kanser ovari tahap satu dan dalam masa dua minggu selepas dia dirujuk ke hospital pihak kami telah menjalankan pembedahan dan berjaya membuang tumor seberat 15kg,” katanya.

Nor Anita memberitahu, wanita yang mempunyai keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser payudara dan kanser ovari mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini dan seharusnya membuat pemeriksaan dengan doktor setahun sekali.

Katanya, wanita yang tidak pernah mengandung ataupun mempunyai bilangan anak yang sedikit juga berisiko kerana berbeza dengan wanita yang mempunyai anak, proses ovulasi kilang telur mereka tidak pernah 'berehat' dan terus berulang sehingga memungkinkan perubahan ganjil pada perkembangan sel dalam ovari.

Beliau berkata, lebih 50 peratus daripada kes kanser ovari yang dirujuk ke HRPZ II pada tahun lalu terdiri daripada pesakit yang tidak berkahwin, tidak pernah hamil dan beranak kurang dari dua orang.

“Wanita yang ramai anak setiap kali dia mengandung ovarinya tidak 'bergerak', dia dapat rehat panjang dan begitu juga dalam tempoh menyusukan anak. Malah wanita yang melahirkan anak kali pertama mengurangkan 45 peratus risiko menghidap kanser ovari," katanya.



KANSER rahim boleh menyebabkan wanita kehilangan kedua-dua kilang telur mereka.



Ikat peranakan

Beliau berkata, wanita yang mengikat saluran peranakan juga boleh mengurangkan risiko daripada menghidap kanser ovari dan ini termasuklah juga bagi wanita yang mengambil pil perancang keluarga.

Bagaimanapun, Nor Anita berkata, teori pencegahan kanser ovari menggunakan pil perancang keluarga tidak disenangi oleh pakar perubatan yang merawat kanser payudara kerana pengambilan pil itu meningkatkan risiko kanser nombor satu wanita.

Beliau berkata, antara langkah pencegahan lain yang boleh dilakukan adalah menjauhi tabiat merokok serta menjaga pemakanan seperti mengelak pengambilan daging dan lemak yang tinggi.

Obesiti adalah faktor kepada pelbagai jenis kanser termasuklah kanser ovari, malah ia dalam masa sama ‘menyembunyikan’ keadaan sebenar abdomen pesakit yang kembung akibat tumor kanser, katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Ulasan: Selain daripada rawatan pakar, masalah kanser ovari juga boleh dirawat dengan rawatan akupunktur.

16 March 2014

Senaman bagi melegakan kesakitan saraf sciatica


Kesakitan pada saraf sciatica


Saraf sciatica adalah saraf besar yang bermula daripada bahagian pinggang membawa kepada pinggul dan keseluruhan kaki. Ianya merupakan saraf yang paling panjang dan paling lebar dalam badan manusia. Kesakitan pada saraf sciatica atau sciatic nerve pain dapat dirasai bermula dari bahagian lumbar atau pinggang hingga ke bahagian belakang peha dan bawah lutut.

Selain daripada rawatan alternatif bagi merawat masalah saraf sciatica ini terdapat beberapa senaman yang boleh dilakukan di mana-mana dan ianya sangat mudah. Sila ikut langkah-langkah yang diberikan seperti gambar di bawah.



 Stomach toning exercise
  1. Sila meniarap di atas kawasan rata dan pastikan kepala berada di sebelah kiri atau kanan dan tangan anda di bahagian tepi.
  2. Ketatkan otot perut yang mengelilingi pusat anda.
  3. Tahan selama 5 saat.
  4. Ulang 3 kali.
Gluteals toning exercise
  1. Meniarap di atas kawasan rata dan angkat satu kaki di belakang anda.
  2. Sila angkat lutut anda yang dibengkokkan sedikit dari lantai.
  3. Tahan selama 8 saat secara maksimum.
  4. Ulang 5 kali.
Deep stomach muscle toning exercise
  1. Sila melutut dengan meletakkan tangan di atas lantai.
  2. Turunkan pinggang anda ke arah lantai dengan sedikit.
  3. Kemudian angkat pinggang anda ke atas.
  4. Sambil itu tarik bahagian bawah perut ke bahagian atas.
  5. Ulang 10 kali.
Back stabilizer exercise
  1. Sila melutut dengan meletakkan tangan di atas lantai.
  2. Luruskan belakang anda masih dalam keadaan melutut.
  3. Ketatkan otot perut anda.
  4. Angkat dan luruskan tangan anda selama 10 saat.
  5. Ulang 10 kali bagi setiap tangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...