30 March 2014

Merawat kerap menguap dengan rawatan akupunktur


Kerap menguap tanda semakin tua
Menguap sering berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira waktu. Beberapa faktor perlu diambil kira yang menyebabkan terjadinya proses menguap ini termasuk tidak cukup tidur, kurangnya oksigen, kerap mengambil air sejuk atau ais dan sebagainya. Bagi merawat masalah kerap mengantuk ini rawatan akupunktur digunakan bagi menstabilkan pengaliran darah dan mengaktifkan saraf di bahagian kepala.


Rawatan akupunktur

Titik akupunktur di kepala
Perkara menarik mengenai akupunktur adalah ianya menstabilkan apa yang terlebih dan terkurang. Oleh itu rawatan akupunktur bagi merawat masalah kerap menguap amat baik jika dilakukan di bahagian kepala dan titik-titik lain yang mewakili organ tertentu seperti hati, limpa dan buah pinggang.

Titik-titik akupunktur di kepala seperti gambar di atas boleh digunakan bagi merawat masalah kerap mengantuk tetapi perlu diingatkan jangan terlalu banyak mengambil titik-titik tersebut. Tidak semua kita gunakan. Ini adalah kerana walau dengan satu titik akupunktur di kepala sudah boleh melancarkan pengaliran darah ke bahagian kepala dan otak.

Merawat organ buah pinggang dengan titik akupunktur

Menurut perubatan cina tradisional, sekiranya buah pinggang anda kotor atau bermasalah salah satu tandanya ialah kerap menguap dan sering mengantuk. Oleh itu jarum akupunktur dicucuk di titik buah pinggang bagi menguatkan kembali fungsi buah pinggang dalam menyahkan toksik dari badan. Seterusnya mengurangkan masalah kerap menguap dan sering mengantuk.

Titik akupunktur KI3 dan KI7

Titik akupunktur KI3 dan KI7 sangat berkesan dalam merawat masalah kerap menguap selain daripada titik-titik di kepala. Anda boleh menekan menggunakan jari untuk beberapa minit dan ulang beberapa kali bagi setiap titik. Kedudukan titik KI3 adalah di belakang buku lali manakala kedudukan titik KI7 adalah 3 jari di atas titik KI3.

Rawatan akupunktur sebenarnya memakan masa dan berperingkat. Jadi pesakit perlu sabar dalam menyelesaikan masalah kerap menguap ini. Bagi pihak pesakit pula perlulah berpantang mengamalkan minum air sejuk atau ais walau dari peti sejuk. Ini untuk mengelak daripada darah dari tidak berjalan dengan lancar di bahagian kepala dan juga mengotorkan lagi buah pinggang.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur bagi merawat masalah kerap menguap bolehlah menghubungi saya:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D,
Seksyen 11, Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764
BBM: 7BB0C88F
*Sila telefon/sms/Whatsapp/BBM dahulu sebelum datang



No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...