27 June 2014

Merawat masalah migrain dengan rawatan akupunktur telinga


Simptom migrain
Migrain adalah masalah yang kerap dialami oleh rakyat Malaysia tidak kira faktor umur dan jenis pekerjaan. Ramai yang saya perhatikan mempunyai masalah ini tetapi tiada rawatan khusus (selain ubat doktor) melainkan rawatan alternatif seperti akupunktur, bekam, refleksologi dan lain-lain. Bagi saya rawatan akupunktur amat berkesan tetapi memakan masa dan memerlukan rawatan ulangan kerana ianya adalah rawatan berperingkat dan bukanlah sekaligus sahaja boleh merawat masalah migrain.

Seperti di dalam gambar di atas, simptom-simptom migrain mempunyai 4 peringkat.

  1. Peringkat pertama dinamakan Prodrome iaitu pesakit akan mengalami rasa sensitif terhadap cahaya dan bunyi di sekelilingnya, kurang selera makan, rasa mengganggu dan kemurungan.
  2. Peringkat kedua: Sakit kepala boleh dialami sama ada sederhana hingga kepada tahap kronik membawa kepada 3 hari. Migrain akan bermula pada sebelah kepala atau kedua-dua belah kepala. Simptom lain termasuklah tiada toleransi terhadap cahaya dan bunyi, muntah-muntah dan loya, sensitif terhadap kesukaran untuk bergerak dan bercakap.
  3. Peringkat ketiga: Aura biasanya terjadi sejam sebelum terkena migrain. 20 peratus pesakit migrain mengalami aura migrain yang mana masalah penglihatan dialami oleh pesakit seperti cahaya melintas, bentuk-bentuk geometrik yang menghalang penglihatan atau kehilangan sementara separuh daripada jarak penglihatan.
  4. Peringkat keempat: Postdrome. Simptom-simptom akan dialami selama beberapa hari selepas sakit kepala dan ini dipanggil "migraine hangover". Kebanyakkan pesakit mengalami rasa mengganggu dan penat. Mereka mungkin mengalami masalah untuk memberi tumpuan dan mood bersilih ganti. Kulit kepala juga menjadi lebih lembut.

Rawatan akupunktur telinga

Rawatan akupunktur telinga dinamakan sebagai auricular therapy digunakan bagi merawat masalah migrain. Sebelum ini saya gunakan titik akupunktur di bahagian kepala atau tapak tangan bagi merawat masalah migrain tetapi kali ini saya gunakan titik akupunktur di telinga sebagai alternatif. Saya dapati ianya berkesan dan pesakit memberikan reaksi terhadap rawatan selepas 5 minit.

Gambar di bawah menunjukkan pesakit migrain menjalani rawatan akupunktur telinga. Titik-titik yang saya gunakan adalah:

  • Sun point atau temporal bone point: kerap digunakan bagi merawat masalah cephalgia, migrain, masalah mata, vertigo dan insomnia.
  • External genital point: merawat masalah impotensi, migrain dan dysuria
  • Weather point: sensitif terhadap perubahan cuaca, migrain dan angina pectoris
  • Titik buah pinggang: sangat bagus dalam merawat pelbagai masalah kesihatan termasuk migrain


Merawat masalah migrain dengan rawatan akupunktur telinga

Jika berminat untuk mendapatkan rawatan akupunktur telinga bagi merawat masalah migrain sila hubungi:

Rawatan Alternatif Syafrizal
No. 15 Jalan Dabus 11/2D,
Seksyen 11, Shah Alam
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
03-54803320
017-6834764
*Sila telefon/sms/Whatsapp dahulu sebelum datang

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...