06 September 2014

Lelaki tidak perlu takut untuk berbasikal



KINI tiada lagi alasan untuk mengurangkan jadual berbasikal kerana takut dengan kesannya terhadap kesuburan.

Satu kajian mendapati, berbasikal tidak mengganggu kesuburan lelaki dan bukan punca kegagalan ereksi.

Walaupun demikian, berbasikal mungkin meningkatkan risiko kanser prostat pada lelaki berusia 50 tahun.

Para penyelidik daripada Kolej Universiti London melakukan kajian tersebut dengan menganalisis data melibatkan 5,282 orang lelaki yang kerap berbasikal.

Responden dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan jumlah waktu berbasikal setiap minggu.

Penyelidik tidak menemui kaitan antara gangguan kesuburan atau kegagalan ereksi dengan jumlah kilometer berbasikal setiap minggu.

Menurut ketua penyelidik, Mark Hamer, rekaan tempat duduk yang semakin moden turut memberikan pengaruh.

"Ini melepaskan tekanan pada saraf untuk mencegah rasa tidak selesa atau kebas yang akan dirasai jika berbasikal terlalu lama.

"Berbasikal pada waktu singkat juga memberikan lebih manfaat dan oleh sebab itu, anda tidak perlu takut untuk berbasikal," jelasnya.

Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...